Khamis, Disember 31, 2009

Jambatan Gantung Sultan Ismail Sungai Nal


Jambatan ini juga dikenali sebagai Gertak Gantung Sungai Nal.Ia merupakan satu-satunya jambatan gantung di Negeri Kelantan.Jambatan ini amat penting bagi menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai melalui jalan raya.Ia dibuka pada 19 April 1932 oleh KDYMM Sultan Ismail Ibni Sultan Muhamad IV.Reka bentuknya menyerupai kebanyakan jambatan yang terdapat di Eropah.Struktur binaannya menggunakan besi keluli begitu teguh dan kuat.Panjangnya 70 kaki dan lebar 30 kaki.Tali besi yang menggantungkan jambatan ini berukuran 12 inci lilitan dan dipintal pada bahagian luar dengan dawai besi lebih kecil menampakkan seperti tali berpintal.Mulai tahun 1986,jambatan ini tidak lagi digunakan kerana jambatan baru berhampiran telah siap dibina.Ianya dikekalkan sebagai warisan sejarah.

Tangga Bradley


Tangga Bradley (kini dikenali sebagai Tangga Krai) merupakan struktur yang dibina untuk menyukat paras air di dalam Sungai Kelantan. Tangga Bradley yang terletak di Jajahan Kuala Krai, Kelantan ini mempunyai 79 anak tangga dan memiliki ketinggian kira-kira 31 meter dari tebing sungai.

Sejarah

Tangga Bradley dipercayai telah dibina pada tahun 1927 hingga 1929. Nama Bradley diambil sempena sama Ketua Pentadbiran Jajahan Kuala Krai pada masa itu, iaitu En. Gerald Bradley (1927 - 1955). Kegunaan utama Tangga Bradley adalah sebagai jeti perhubungan bagi penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Dabong, Sungai Pergau, Sungai Galas dan Sungai Lebir untuk menjual barangan hasil pertanian ke pasar Kuala Krai. Selain itu, ia juga digunakan sebagai tempat kawalan / bacaan aras Sungai Kelantan semasa musim tengkujuh,

Air Terjun Jeram Linang



Jeram Linang merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Lenang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, dalam Jajahan Machang, Kelantan dan dihubungi dengan jalan raya bertar. Pengunjung boleh ke sana dengan menaiki kereta persendirian dan teksi.

Sejarah

Mengikut sejarah, Jeram Linang merupakan antara kawasan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan. Air terjun Jeram Lenang adalah dari jenis air terjun bertingkat setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan orang ramai dari kawasan Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu dan Jerteh, Terengganu.


Kemudahan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Machang telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai, chalet dan tapak perkhemahan.

Jaringan jalan raya yang baik telah dibina oleh pihak kerajaan bagi memudahkan para pegunjung melawat Jeram Linang. Jeram Linang terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Pasir Puteh (melalui jalan Pasir Puteh - Machang) dan 15 kilometer dari Bandar Machang (melalui jalan Machang - Wakaf Linchong).


Bazar Buluh Kubu



Bazar Buluh Kubu terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Ia mempunyai 4 aras dan satu aras bawah khusus untuk meletak kenderaan. Bazar ini menjual pelbagai barangan seperti barangan hasil kraftangan, kain dan baju batik, songket, cenderamata, pakaian dan sebagainya. Medan Selera pula terletak di tingkat paling atas.


Selain menjual pakaian, makanan dan barangan dapur, beranika barang perhiasan seperti perak, tembaga dan barangan ukiran kayu juga boleh didapati di sini.



Permandangan Belakang Bazar


Papan Tanda

Rabu, Disember 30, 2009

Gunung Reng


Gunung Reng adalah sebuah gunung yang kecil dan mempunyai beberapa buah gua di dalamnya. Ianya menjadi lambang sejarah paling berharga kepada negeri Kelantan dan daerah Jeli sendiri. Dimana, kononnya diceritakan Puteri Saadong telah menggulingkan sebuah batu besar dari atas Gunung Ayam yang berdekatan dengan Gunung Stong lalu menghempap sebuah kampung yang penduduknya pada masa itu sedang leka menyaksikan temasya perlagaan antara anjing dan kucing. Ditakdirkan hanya seorang sahaja yang terselamat dari malapetaka itu.

Bahagian bawah gunung ini terdapat sebuah pintu gua.

Selain itu, ianya merupakan kawasan dan tempat yang unik kerana menempatkan lima gua semula jadi dengan kesan hakisan batu menyerupai patung wanita bersalin, patung bidan, kolam mandi, taman bunga dan tempat pertapaan yang ditinggalkan. Dari kajian yang dibuat, di dapati bukti-bukti menunjukkan Gunung Reng ini pernah didiami oleh manusia zaman lampau. Gunung Reng ini merupakan sejenis gua batu kapur yang amat menarik dan kini menjadi destinasi pelancongan di negara ini. Tempat ini mempunyai tarikan sejarah tersendiri dan terletak di tepi laluan Jalan Raya Timur Barat, sekali gus boleh menjadi lokasi untuk berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Bagi mereka yang ingin mengunjungi tempat bersejarah ini adalah sangat mudah. Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri bolehlah terus menyusuri Jalan Raya Timur-Barat sejauh 15 km dari bandar Jeli manakala pengunjung yang lain bolehlah mendapatkan perkhidmatan awam seperti bas dan teksi di stesen masing di bandar Jeli. Perjalanan dari bandar Jeli ke kawasan Gunung Reng mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Papan Tanda Jawi di Kelantan

Kalau berkunjung ke negeri Kelantan, pelawat akan melihat kesemua premis perniagaan dan papan tanda jalan ditulis dengan menggunakan tulisan jawi disamping tulisan berbahasa Melayu dan tulisan Cina. Ini kerana kerajaan Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang menggunakan papan tanda jalan dan papan tanda syarikat dengan tulisan jawi. Papan tanda tersebut telah ditukar dengan tulisan jawi diutamakan manakala tulisan lain sebagai tulisan kedua. Huruf jawi dibesarkan dan huruf rumi dikecilkan dengan pelbagai bahasa. Tujuannya adalah mengembalikan semula martabat tulisan jawi setelah lama dipinggirkan.





Kuda Kelantan


Memelihara atau menternak kuda di Negeri Kelantan Darulnaim adalah sebahagian dari tradisi rakyat Kelantan.

Hampir dimerata tempat di Kelantan terdapat orang-orang yang memelihara atau menternak kuda. Dianggarkan lebih dari 1000 ekor kuda dari berbagai jenis, baka atau keturunan kuda terdapat di Negeri Kelantan.

Sejarah Ringkas Kuda Di Kelantan.

Sejarah kuda di Negeri Kelantan tidak begitu jelas, sebab tidak ada rekod awal tentang pembiakan atau perternakan kuda di Negeri Kelantan.

Namun mengikut sejarah yang diceritakan dari mulut ke mulut, orang-orang Kelantan dahulu kala suka memelihara kuda jenis 'kuda padi' atau kalau dipinjam istilah sekarang dikenali sebagai 'local pony'.

Sasilah diceritakan bahawa pernah 'Raja Jembal' memelihara dan menaiki kuda besar-besar ( mungkin kuda belimo ). Hampir setiap petang dikatakan Raja ini menunggang kuda disekitar Kg Sering, Pegkalan Datu atau Kedai Lalat.

Pernah penulis diceritakan bahawa anak Raja Jembal tersebut, pernah jatuh dari kuda dan terseliuh dibahagian bahu.

Kuda-kuda yang terdapat di Kelantan purata berukuran 14 hands atau ketinggian lebih kurang 4 kaki. Kuda-kuda ini pada asalnya dibawa masuk ke kelantan dari Tanah Jawa, Sumatera atau Siam.
Dipercayai bahawa asal usul kuda-kuda ini mungkin dari keturunan kuda Arab dan India yang dibawa pedangan-pedagang waktu dahulu.

Sebahagian dari kuda-kuda ini dibawa masuk ke Tanah Melayu khususnya di Kelantan melalui Siam dan bakanya adalah Kuda Asia Tengah iaitu baka 'Wild Asiatic' dari Mongolia.

Sebab itu kalau diamati secara seni, kita dapat lihat tentang fisikal dan tempremental Kuda Padi Kelantan ini, kita boleh lihat dengan jelas beberapa ciri yang berbeza antara satu kuda dengan yang lain antaranya.

Terkadang Kuda Kelantan kelihatan saperti kuda Arab dibahagian muka dan badan kelihatan saperti kuda Asia. Sebahagiannya pula muka kelihatan saperti kuda batak dengan kuku kaki kecil dan badan segak saperti Arab.

Pengaruh Kuda Inggeris

Pada pertengahan abad ke 18 dan ke 19, orang-orang Inggeris mula memasukkan kuda mereka ke Kelantan dan orang-orang Melayu Kelantan mula mengenali kuda-kuda jenis baka 'besar' atau istilah Kelantan dikenali sebagai kuda belimo.

Pengaruh kuda Inggeris masih terpahat di Kelantan dimana terdapat satu cerita legenda dimana seorang wanita Inggeris mati, konon mengikut kata cerita, ia melakukan hubungan seks dengan kuda kepunyaan suaminya sehingga membawa maut. Dan kuda tersebut dimatikan oleh suaminya dengan tembakan dan bangkai kuda itu ditanam di satu jalan kecil di tengah bandar Kota Bharu dimana sehingga kini jalan tersebut dikenali sebagai 'Jalan Kubor Kuda' ( Wallha hualam ).

Kuda di Kelantan Masa Kini

Kini pemeliharaan dan perternakan kuda semakin digemari dan diminati oleh penduduk di Negeri kelantan.
Kalau di Malaysia, Kelantan memang dikenali sebagai satu pusat perkembangan kuda yang tersohor dengan keunikan anak-anak muda menunggang kuda tanpa pelana dan tanpa berkasut ' bare foot' rider atau bare back rider.

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, iaitu sejak tahun 1990 orang-orang Kelantan mula menternak kuda-kuda baka baik dengan membuat kacukan kuda padi Kelantan dengan kuda belimo ( thoroughbred ) atau kuda padi dengan kuda arab atau kuda belimo dengan kuda arab.

Hasil kacukan ini telah dapat dilihat pada kuda-kuda di Kelantan masakini, dimana kuda-kuda Kelantan kelihatan lebih hebat, bergaya, anggun dan cantik. Kuda-kuda kacukan Kelantan ini lebih tinggi dari baka kuda padi asal.

Keunikan ini menyebabkan kuda-kuda keluaran Kelantan amat berharga dan diminati oleh ahli-ahli di Malaysia. Malah buat masa kini boleh dikatakan hampir 95 % kuda-kuda spesis brau Kelantan ini menjuarai berbagai kategori pertandingan kuda di Kelantan termasuk dressage, lumba, enduran dan juga kuda cantik.

Antara kelebihan kuda Kelantan ialah:

1. Tahank Lasak
2. Kurang berpenyakit dengan daya tahan yang kuat
3. Tidak mudah luka
4. Tahan lasak dengan cuaca hujan atau panas
5. Tempermen yang bagus
6. Cerdik baik untuk berluma atau enduran
7. Makan rumput dan boleh ditambat dengan tali
8. Baik untuk dibuat enduran

Sumber : http://fakulti0.tripod.com/kudapadi/id5.html

Selasa, Disember 29, 2009

Yayasan Islam Kelantan


Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada asalnya telah ditubuhkan pada 1 Julai 1974 di bawah kuatkuasa Enakmen Kelantan bilangan 9/1968 (Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan) dengan nama Jabatan Sekolah-sekolah Agama Kelantan (JASA). Pada masa itu pejabatnya di tempatkan di Lundang.

Pada Jun 1979 ia telah didaftarkan semula di bawah Enakmen Kelantan Bilangan 5/1979 dengan diberi nama Yayasan Pelajaran Islam Kelantan (YPINK).

Institusi ini dipinda sekali lagi menerusi Enakmen Negeri Kelantan, bilangan 8/1982 (berkuatkuasa pada 1 hb. Mac 1983) dan diberi nama Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Jadual Perlawanan Liga Super 2010 Pasukan Kelantan

Selasa, November 24, 2009

Institut Perguruan Kota Bharu


Maktab Perguruan Kota Bharu yang kini dikenali sebagai Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) merupakan sebuah institut latihan perguruan di Malaysia. Ia terletak di Pangkalan Chepa, 10 km dari Kota Bharu, Kelantan.

Pembinaan maktab ini bermula dalam tahun 1952 di atas kawasan seluas 93 ekar, di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. 1954 MPKB di tubuhkan sebagai ganti maktab perguruan di Kirby, Liverpool dan di Wovehampton, England. Bird's Eye View24 Ogos 1954 Kumpulan pertama 150 guru pelatih melapor diri. Tenaga pengajar dari London.11 Ogos 1954 MPKB dirasmikan oleh Tuan Terutama Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, SIR DONALD MAC GILLIVARY. Hadir sama DYMM Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan. 1960 MPKB mula melatih guru-guru sekolah rendah. Menerima pelatih dari Brunai dan Singapura.

Antara tahun 1954 hingga 1957 KBTC telah melatih guru sekolah menengah dengan menawarkan kursus pendidikan kesihatan, bahasa, seni lukis, kerja tangan , Hisab dan Sains, Sejarah Muzik dan sains Rumah Tangga dan Geografi. Antara tahun 1957 dan 1970 maktab telah memulakan latihan guru sekolah rendah, melatih guru sekolah menengah dijalankan oleh maktab Perguruan Pulau Pinang kerana kekurangan sekolah menengah di pantai timur untuk menjalankan latihan mengajar /praktikum.

Antara tahun 1971 hingga 1975 maktab telah menawarkan kursus bahasa Melayu kepada guru di sekolah Inggeris dan pelatih tahun akhir dihantar ke Maktab perguruan Sultan Idris atau IPSI bagi lelaki dan ke Maktab Perguruan Melayu Melaka bagi perempuan. dalam masa yang sama KBTC telah melatih guru bukan Melayu yang mengajar sekolah rendah jenis kebangsaan dan guru rakyat yang mengajar di sekolah rendah jenis kebangsaan dan guru rakyat yang mengajar di sekolah rakyat berikutan dengan pengambilalihan sekolah rakyat dan guru diserahkan kedalam perkhidmatan tetap kerajaan.

Guru Pelatih Kumpulan Pertama antara 1984 hingga 1990 maktab ini telah mengadakan kursus dalam cuti bagi guru sementara di sekolah rendah dari seluruh negara. Pada 1990-1991 KBTC menerima peserta KDC kemahiran Hidup bagi guru pelatih. Mulai 1989 MPKB diberi peranan melatih guru dalam Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) agama, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah dan ekonomi.

Mulai tahun 1991 MPKB mengandalikan Kursus Sijil Perguruan khas (KSPK Bahasa Melayu, Matematik dan Pemulihan kepada guru pelatih dalam dua semester. Mulai 1992 maktab mengendalikan Kursus Perguruan Asas (KPA) Pengambilan dua kali setahun lima semester dalam bidang pengkhususan Muzik, matematik dan sains diperkenalkan sebagai tambahan kepada kursus yang sedia ada.

Kini IPKB menunaikan peranan yang berlainan corak dan penekanan dalam memenuhi tuntutan PIPP negara.