Rabu, November 10, 2010

Expo Cheng Ho



Nama Laksamana Cheng Ho, seorang pelayar Cina Muslim dari China yang berjaya mengeliling dunia akan diabadikan sempena ekspo hub halal yang akan diadakan di sini pada 21 hingga 26 November 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Expo Cheng Ho yang dirancang merupakan yang pertama diadakan di dunia.

Ianya akan menjadi hab pameran perdagangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Lebih 300 syarikat perniagaan dari seluruh dunia, terutamanya syarikat milik umat Islam akan mempamerkan produk-produk keluaran mereka.

Difahamkan lebih 700 gerai pameran yang disediakan. 160 buah syarikat daripada negara China, 100 buah syarikat dari Kelantan dan lebih 150 buah syarikat antarabangsa akan mempamerkan produk di dalam sebuah pavilion besar yang akan disediakan.

Manakala sekitar 300 gerai disediakan di luar dewan pameran untuk peniaga-peniaga dari Kelantan dan seluruh Malaysia.

Expo ini diadakan bersempena memperingati dan meraikan kedatangan armada laut Laksamana Cheng Ho ke Semenanjung Tanah Melayu 600 tahun yang lalu.

Apa signifikannya Cheng Ho? Cheng Ho adalah seorang Muslim yang membina jambatan diplomatik, menghapuskan lanun-lanun, membawa keamanan serantau.

Cheng Ho dikatakan mendarat lebih awal di Kelantan daripada negeri-negeri lain di Semenanjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan