Ahad, September 19, 2010

Keputusan TM Piala Malaysia 2010 : PKNS Fc 0 - 1 Kelantan





Andai ada pemain yang boleh dijulang pada perlawanan malam semalam, sudah pasti dua nama bekas pemain skuad kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Syed Adney Syed Hussien harus dijulang sebagai wira sebenar pasukan Kelantan pada perlawanan menentang Selangor PKNS FC di Kelana Jaya, malam semalam.

Jaringan tunggal bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-73 sudah cukup memastikan pasukan The Red Warriors membawa pulang tiga mata berharga ke Kota Bharu.

Sementara itu, Syed Adney Syed Hussien, penjaga gol yang dibelenggu krisis keyakinan kerana melepaskan gol mudah ketika pertemuan Liga Super menentang Kedah lapan bulan lalu juga harus diangkat sebagai wira sebenar dalam perlawanan malam semalam.

Kecemerlangan beliau menyelamatkan sepakan penalti oleh pemain tuan rumah, Mohd Fadhil Mohd Hashim pada minit-minit akhir perlawanan menyelamat maruah pasukan Kelantan daripada dipaksa seri oleh Selangor PKNS FC dalam perlawanan itu.

Petikan dari :http://kelate.net/akmal-rizal-syed-adney-dijulang/
Banner dari : http://www.userunyusof.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan