Selasa, Jun 01, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Kelantan 2 - 0 Perak





Walaupun barisan serangan Kelantan gagal menyengat, namun 2 gol hasil jaringan pemain kelahiran Terengganu iaitu Nor Farhan dan Hairuddin Omar sudah cukup melegakan Kelantan. Namun sedikit malang apabila Che Hismuddin Hassan terpaksa dikejarkan ke hospital akibat mengalami kecederaan serius di lengan selang seminit selepas dimasukkan sebagai supersub kepada Badhri Radzi.Apapun tahniah diucapkan kepada semua pemain Kelantan. Diharap tempoh rehat yang panjang ini digunakan oleh pemain dan jurulatih untuk memperkukuhkan barisan menjelang pertemuan dengan Selangor pada 13 Julai nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan