Jumaat, Januari 08, 2010

Liga Super 2010 : Terengganu Lwn Kelantan

Liga Super 2010 : Terengganu Lwn Kelantan
9 Januari 2010
8.45 Malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu

Tempahan Jersi Kelantan


Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli jersi terbaru Kelantan, bolehlah melayari laman web http://www.kelate.net/ untuk mendapatkan maklumat lanjut

Jersi Kelantan 2010





P/S : Sumber gambar dari http://www.kelate.net

Khamis, Januari 07, 2010

Makam Raja Abdullah



Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.

Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.

Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.

Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.

Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.

Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Kok Lanas

Pemaju hartanah tempatan, Haji Ali Homes Sdn Bhd (HAHSB) melabur RM35 juta bagi membangunkan kompleks perniagaan Saidina Ali (KPSA), di Kok Lanas, Kelantan.

Kompleks ini yang terletak di tepi jalan utama dari Kota Bharu ke Kuala Krai ini merupakan satu Bandar baru yang dibina di atas tanah seluas 18 ekar yang akan menempatkan pasar baru Kok Lanas dan 127 unit umah kedai 2 & 3 tingkat. Ia dibina secara usahasama dengan Majlis Daerah Ketereh sebagai pusat tarikan komersil utama yang menjamin kemajuan kawasan ini.

Projek yang bernilai 35 juta ini akan menempatkan semula peniaga kecil dari pasar lama yang tidak mampu menampung jumlah peniaga yang bertambah ramai. Ia juga bertujuan menampung keperluan perniagaan selaras dengan pertambahan penduduk setempat yang pesat.


Papan tanda KPSA dalam pembinaan

Bangunan masih dalam pembinaan

Rabu, Januari 06, 2010

Butir Nangka


Butir nangka ialah sejenis manisan yang digemari oleh masyarakat Kelantan. Makanan ini dijadikan pencuci mulut selepas makan

Selasa, Januari 05, 2010

2010 : Tahun Bola Sepak Kelantan

Barisan Red Warrior 2010

Siapa Kata Kelantan Mundur ?



P/s : Penulis tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Paparan ini sekadar untuk memperlihatkan pembangungan infranstruktur dah sahsiah yang berlaku di negeri Kelantan sejak 2 dekad yang lalu. Sekadar menafikan laporan akhbar yang sering menulis negeri Kelantan mundur.

Kijang


Pada Jata Negeri Kelantan terdapat dua ekor kijang yang mengimbau kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan ( kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu