Ahad, Februari 07, 2010

Air Terjun Lata Berangin



Air Terjun Lata Berangin terletak di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Pas.Ianya boleh dikunjungi melalui jalan yang terletak diantara lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang.Ianya terletak kira-kira 18km dari Bandar Kuala Krai.Lata Berangin yang mempunyai air setinggi 120 meter telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.Kolam yang terdapat dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda.Kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan

Projek DiRaja Wakaf Bunut



Projek DiRaja Wakaf Bunut telah dibuka pada tahun 2005, dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan. Projek ini merupakan asas dan pemangkin kepada naik taraf ekonomi penduduk setempat. Projek ini menumpukan kepada usaha menternak ikan air tawar seperti patin, tilapia, keli dan lampan jawa. Produk ini adalah untuk pasaran tempatan dan juga untuk dibuat pekasam. Terletak 20 km dari bandar Pasir Puteh, 4 km dari Pekan Selising.
Terdapat restoran yang menyediakan ‘sizzling mee’ dan masakan panas, manakala kolam ikan air tawar disediakan untuk kaki pancing yang berminat untuk memancing. Setiap ikan yang dipancing ditawar dengan harga RM 3.50 sekilogram, manakala jualan runcit pula ialah RM 4.00 sekilogram. Bagi yang ingin merasai atau untuk suka-suka memancing, ikan akan diambil oleh pihak peserta projek manakala tiada bayaran dikenakan.

Sabtu, Februari 06, 2010

Menara Condong

Menara Masjid Pulai Condong yang kini merupakan suatu objek kemegahan tempatan, telah dibina oleh Hj. Ab. Samad b. Hj. Abdullah pada tahun 1856 (1273H).

Menara ini tingginya hampir 18 meter dan lilit luas 2.8 meter. Ditengah-tengah menara ini didirikan sebatang tiang (tidak berbumbung) sebagai paksi.

Menara ini dibuat secara bergotong-royong dengan menggunakan beratus-ratus orang lelaki. Perekanya ialah Haji Abdul Samad sendiri. Semua bahagian menara ini diperbuat daripada kayu cengal batu dengan menggunakan beliong, kapak dan pahat sahaja. Keteguhan menara ini telah teruji apabila Kelantan dipukul ribut besar pada tahun 1880 (1297H). Semua pokok-pokok kecil dan besar disekitarnya tumbang, tetapi dengan kehendak Allah menara ini sedikit pun tidak terjejas oleh tiupan angin tersebut.

Menara ini masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan sebagai tempat bilal melaungkan azan sehingga sekarang. Ini merupakan suatu binaan sejarah yang amat penting yang memerlukan perhatian dan pemuliharaan.

Taman Tasik Kuala Krai



Taman Tasik Krai adalah satu-satunya Taman Rekreasi di Kuala Krai. Taman Rekreasi Tasik Krai dilancar dengan rasminya pada 15 Disember 1998.

Semenjak pelancarannya,Taman Rekreasi Tasik Krai menjadi tumpuan kepada orang ramai terutama sekali warga Bandar untuk mengadakan aktiviti-aktiviti riadah.
Kemudahan-kemudahan rekreasi disamping persekitaran yang sesuai menjadikan Taman Rekreasi Tasik Krai menjadi tarikan kepada semua peringkat umur.Penggemar aktiviti riadah samada berjoging,bersenam,bermain alat permainan kanak-kanak,bersiar-siar dan sebagainya.

Dengan adanya alat-alat permainan air di Tasik Krai akan memberi kesan dan faedah yang baik sebagaimana berikut :
- Menghidupkan suasana Tasik Krai sebagai Taman Rekreasi yang unggul.

- Memberi kesan ekonomi kepada Restoran Terapung Zoo dan Mini Muzium serta gerai sekitarnya.

Tasik Ketitir




Tasik Ketitir terletak di dalam Bandar Baru Gua Musang bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Tarikan

Tasik Ketitir merupakan sebuah tasik bekas tapak aktiviti perlombongan suatu ketika dahulu. Kini ia telah dijadikan satu kawasan rekreasi dalam bandar di Gua Musang. Namanya adalah daripada spesis burung yang banyak bersarang di pokok-pokok sekitar taman tasik yang masih boleh dilihat pada hari ini. Menjadi tumpuan kepada masyarakat tempatan untuk bersiar-siar, berehat dan berekreasi di samping menikmati persekitaran segar dan nyaman.

Gua Madu



Gua Madu terletak di Kampung Batu Papan kira-kira 4 km dari bandar Gua Musang. Dari simpang tiga berdekatan Balai Polis Gua Musang, ke kiri kira-kira 2 km dan ke simpang masuk utama ke Gua Madu. Dari simpang tersebut, perlu melalui kawasan perkampungan sejauh kira-kira 1 km untuk sampai ke tempat tersebut.

Tarikan

Gua Madu antara rangkaian gua batu kapur yang unik di Gua Musang. Mempunyai sumber sungai dan dikelilingi oleh hutan-hutan yang masih hijau serta landskap perkampungan yang harmoni menarik penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti rekreasi. Di dinding-dinding gua terdapat sarang-sarang lebah dan sempena dengan madu-madu yang terhasil, nama tempat ini sinonim dengan madu tersebut.

Rabu, Februari 03, 2010

Kad Pintar Tempat Letak Kereta



Bahagian Letak Kereta Majlis Perbandaran KOta Bharu menyediakan satu lagi alternatif perkhidmatan KAD PINTAR dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna tempat letak kereta MPKB-BRI

Keistimewaan Kad Pintar

Mudah
Sistem ini menerima syiling seperti meter lama dan ia juga menawarkan pilihan menggunakan kad.

Mesra
Ke arah penggunaan sistem yang canggih dan tidak perlu berfikir untuk menyediakan syiling.

Jimat
Elakkan pembaziran kerana pengguna hanya membayar masa yang digunakan dan dapatkan kembali baki wang yang masih ada

Cara Penggunaan

1. Masukkan Kad Pintar ke ruang yang disediakan dan meter akan menunjukkan wang yang ada di dalam Kad Pintar untuk tempoh masa 10 jam
2. Keluarkan Kad anda dari meter untuk simpanan anda
3. Setelah selesai urusan Kad Pintar perlu dimasukkan semula dan meter akan menunjukkan baki wang yang masih ada


Nilai Kad

1.Kad bernilai RM 30.00 untuk belian selama 37 jam
2.Kad bernilai RM 50.00 untuk belian selama 62 jam

Kad ini boleh dibeli di :

Bahagian letak Kereta
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Sejarah Kota Bharu



Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan telah dibuka secara rasminya oleh Sultan Muhammad II pada tahun 1844. namun kawasan penempatan di situ dipercayai telah diterokai lama sebelum itu. Apabila Sultan Muhammad II mangkat pada tahun 1835, Long Zainal mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Kelantan manakala Long Senik yang sepatutnya menggantikan Sultan Muhammad telah diketepikan.

Ia merupakan ibu negeri Kelantan dan terletak tidak jauh dari Sungai Kelantan. Perkataan ‘Kota’ bermaksud sesebuah Bandar dan ‘Kota Bharu’ adalah sebuah bandar yang baru. Kota Bharu terletak di Timur dan agak jauh dengan landasan keretapi serta merupakan pusat menghasilkan besi di Kelantan. Bandar ini adalah pusat komersil dan ekonomi serta merupakan Bandar Diraja Kelantan.



Selasa, Februari 02, 2010

Golok



Golok merupakan sejenis senjata yang biasa digunakan oleh masyarakat Kelantan untuk menghiris daging dan mencincang tulang lembu ketika musim kenduri atau hari raya korban. Tetapi jika disebut hendak pergi ke Golok itu bermakna penutur mahu ke Selatan Thailand iaitu ke Pekan Golok.

Cok Cangkul Cok Gerat

Bagi Masyarakat Kelantan cok merupakan nama panggilan kepada cangkul manakala cok gerat adalah panggilan kepada pencakar.



Cok Cangkul



Cok Gerat