Sabtu, November 14, 2009

Pantai Bisikan Bayu


Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir Puteh, dekat Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini.

Manis FM


Radio Manis FM adalah sebuah stesen radio swasta pertama di pantai timur Semenanjung Malaysia yang bersiaran 24 jam dari Wisma Manis di Jalan Dato Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra Kota Bharu, Kelantan.

Sejarah

Di awal penubuhanya radio Manis FM hanya untuk pendengar di Kelantan amnya Kota Bharu dan jajahan sekitarnya sahaja yang bersiaran di frekuensi 88.7 FM dan bersiaran hanya 18 jam sahaja pada masa itu. Konti radio terletak di Jalan Kebun Sultan berhadapan dengan Dewan Perniagaan Cina Negeri Kelantan.

Pada tahun 2003, Manis FM telah memulakan siarannya 24 jam sehari setelah berpindah ke bangunan baru yang diberi nama Wisma Manis. Untuk memenuhi citarasa pendengar yang meningkat Manis FM telah meluaskan lagi frekuensi ke beberapa negeri khususnya pantai timur semenanjung iaitu Terengganu dan Pahang. Selaras dengan itu Manis FM juga mempunyai laman portalnya dengan wajah baru. Siaran Manis FM juga dapat diikuti di selatan Thailand serta penduduk di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan sekitar Segamat Johor.

PENGENALAN SYARIKAT RADIO MANIS FM :

LATARBELAKANG SYARIKAT

HUSA NETWORK SDN. BHD. Adalah syarikat pengendali RADIO PANTAI TIMUR FM yang mana ditubuhkan pada 20 jun 1998. Menggunakan frekuensi 88.7 mhz sebagai gelombang siaran pada awal,pada tahun 2003 ditukar kepada frekuensi 90.6 mhz. MANIS FM sebenarnya merupakan inpirasi Tan sri Dato’ Hj Hussein Ahmad yang juga merupakan pengerusi Eksekutif HUSA NETWORK merangkap bekas pengerusi lembaga kemajuan pertanian kemubu ( KADA ). HUSA NETWORK SDN. BHD.memulakan siaran pertama RADIO PANTAI TIMUR MANIS FM selaku radio swasta di pantai timur pada 1 januari 1999 sewaktu itu, masih lagi menyewa peralatan siaran radio dan beroperasi di permis perniagaan bertempat di jalan kebun sultan, kota bharu kelantan, manis fm turut menggunakan khidmat juruhebah kada secara sementara.


Setelah 5 tahun berlalu, manis fm mula mengembangkan sayapnya dengan mempengaruhi hampir sebilangan besar penduduk kelantan untuk memilih siarannya berbanding dengan siaran stesen radio lain waktu itu yang lebih praktikal dan formal. Kajian rambang dengan responden dari kalangan masyarakat awan pelbagai lingkungan dan latar usia rata- ratanya telah mula memilih siaran manis fm sebagai medium antara hiburan dan informasi dengan kelompok masyarakat.


Kini beroperasi di premis sendiri, beralamat di Wisma Manis, Lorong Imam, Jalan Lundang 15150, Kota Bharu Kelantan, manis fm juga telah mengalami peningkatan secara total dari segi pencapaian dan mutu siaran. Ia sudah mempunyai sistem pemancar sendiri setelah sekian lama menyewa peralatan adalah salah satu dari titik tolak kejayaan stesen radio ini. Dengan kini manis fm telah mengusai frekuensi siaran hingga ke seluruh terengganu dan negeri pahang selain sepenuhnya menakluki kelantan, visi dan misi HUSA NETWORK masih lagi di teruskan untuk mencapai target liputan ke seluruh pantai timur. Bergerak dengan satu konti utama dengan menggunakan 2 mini disk konti khas untuk siaran setiap negeri di pantai timur dan perancangan program- program terbitan yang lebih bersifat mesra masyarakat, serta penambahan waktu siaran dari 18 jam kepada 24 jam bermula 2003, manis fm semakin hampir ke destinasi sebagai pilihan utama rakyat pantai timur dewasa ini.
Frekuensi

* Kota Bharu -90.6 FM
* Pasir Mas - 90.6 FM
* Tumpat - 90.6 FM
* Jeli Utara - 90.6 FM
* Pasir Puteh - 90.6 FM
* Machang - 90.6 FM
* Kuala Krai Utara - 90.6 FM
* Tanah Merah - 90.6 FM
* Besut - 90.6 FM
* Kuala Terengganu - 102.0 FM
* Kuantan - 95.1 FM
* Segamat (Johor Timur) - 95.1 FM
* Selatan Thailand - 90.6 FM

Jumaat, November 13, 2009

Nama Buah Di Kelantan


Rambutan @ Mokte


Manggis @ Seto


Asam Jawa @ Celagi


Ciku @ Sawa Nila


Mangga @ Pauh

Tokong Mek


Terletak di Kampung Cina, Jalan Pantai Cahaya Bulan iaitu 2.5 km daripada Kota Bharu. Dibina pada tahun 1790 dan menjadi kebanggaan penganut buddha di kampung Cina dan di Asia. Tokong ini mencecah usia 220 tahun dan merupakan antara tokong yang tertua di Asia

catatan : Walaupun Kelantan diterajui oleh Parti Pas yang memperjuangkan Islam , tetapi kebebasan beragama dititik beratkan.

Istana Jahar


Mula dibina semasa pemerintahan Long Senik atau Sultan Muhammad ke II (Sultan Mulut Merah, 1837-1886) untuk cucu baginda Long Kundur yang bergelar Raja Bendahara, Istana ini siap dibina pada tahun 1887.

Semasa pemerintahan Long Senik (Sultan Muhammad ke IV), baginda memerintahkan menanam sepohon pokok jahar di dalam kawasan istana dan menukar Istana Raja Bendahara Long Kundur kepada Istana Jahar.

Pada Tahun 1880, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Al Marhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan untuk menjadikan Istana Jahar sebagai Muzium Sementara Negeri Kelantan

Muzium Islam


Muzium ini telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail PertaƂ Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 11 November 1991. Menjadi Kediaman Menteri Besar Kelantan iaitu En. Hassan bin Mohd Salleh (1900 hingga 1920).

Bangunan ini juga telah dijadikan Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Selama 72 tahun 6 bulan.(9 Ogos 1917 hingga 15 Febuari 1990).

Bangunan ini diperbuat dari kayu terpilih dan dihiasai dengan reka bentuk tradisional melayu yang menarik. Mempunyai tulisan ayat AL-Quran dalam seni khat. Tingkat atas bangunan ini digunakan sebagai perpustakaan islam. Manakala tingkat bawah digunakan sebagai Balai Pameran dan Muzium Islam

Rabu, November 11, 2009

Gulai Kawah

Biasanya bila ada kenduri majlis kahwin, penduduk kampung akan bergotong royong memasak gulai daging dengan menggunakan kawah besar.Rasa gulai daging yang dimasak dalam kawah lebih enak daripada gulai yang dimasak biasa dalam periuk.Di sesetengah tempat gulai daging ini turut di campur dengan umbut kelapa untuk menambah keenakkan daging yang dimasak. Justeru kini jika bukan musim kenduri kahwin sekalipun sudah banyak gerai atau warung gulai kawah yang wujud kerana permintaan yang tinggi dari penggemarnya.Salah satu warung gulai kawah yang tersohor terletak di tepi jalan Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh. Keenakan gulai kawah juga menimbulkan idea kepada pendikir Fendi untuk merakamkan lagu dikir ' gulai kawah'


Gulai Kawah

Ahad, November 08, 2009

Ikan Darat


Ikan darat @ ikan air tawar seperti ikan Puyu, ikan Keli, ikan Haruan dan ikan Sepat sering kali mudah didapati pada musim bah @ banjir yang melanda Kelantan sekarang ini. Air sungai yang melimpah pada musim bah ini menyebabkan ikan-ikan ini turut "naik ke darat". Pada waktu inilah pukat digunakan untuk menangkap ikan yang hanyut ke darat kerana dibawa arus air sungai. Kesukaran mendapatkan ikan segar dari laut pada musim tengkujuh menyebabkan permintaan terhadap ikan darat ini meningkat. Tidak hairanlah pada musim tengkujuh ini banyak peniaga bermusim menjual ikan darat ini di tepi jalan.

Tahniah Wira Merah


Walaupun impian bergelar juara piala Malaysia 2009 hancur, namun kemaraan ke perlawanan akhir sejak 39 tahun adalah satu titik permulaan , langkahan pertama pasukan bolasepak kelantan mengorak cabaran menjadi pasukan yang disegani di masa hadapan.Tahniah Wira Merah. Semoga tahun 2010 menjadi tahun kegemilangan bolasepak Kelantan setelah tahun 2009 dianggap tahun kebangkitan.

Jom pakat gi Bukit Jalil