Isnin, Mei 31, 2010

14 Emas Sukma Jadi Buruan Kontigen Kelantan



Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan menetapkan sasaran memenangi 14 pingat emas ke atas kontigen Seramai 327 atlet termasuk pegawai pasukan, yang akan membawa cabaran negeri Kelantan ke kejohanan dwi-tahunan itu.

Kontinjen Sukma Kelantan ke Melaka akan diketuai oleh Penge-rusi MSN Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub selaku ketua kontinjen, di samping Mohamad Noordin Awang sendiri selaku timbalan ketua kontinjen.

TM Liga Super 2010 : Kelantan Lawan Perak



Perlawanan pada malam esok merupakan perlawanan terakhir sebelum kempen liga super 2010 berhenti rehat sebulan bagi memberi laluan kepada Sukma dan temasya piala dunia 2010. Liga Super akan disambung kembali pada 13 Julai dimana Kelantan akan menghadapi perlawanan yang cukup getir apabila bertemu pasukan Selangor di Shah Alam.Sebarang keputusan selain daripada kemenangan bermakna Kelantan akan terus kempunan menjulang piala Liga Super 2010 kepada Selangor.

Sabtu, Mei 29, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Penang 1 - 3 Kelantan





video

Kemenangan 3-1 Kelantan ke atas Pulau Pinang mengulangi keputusan pada pusingan pertama di Kota Bharu. Tiga Gol Kelantan malam ini hadir menerusi jaringan Akmal Rizal Rakhli, Hairuddin Omar dan Che Hisamuddin Hassan.

Jumaat, Mei 28, 2010

TM Liga Super 2010 : Penang Lawan Kelantan



Malam ini Kelantan bertandang ke Pulau Mutiara untuk misi memburu mata penuh. Sama-sama kita saksikan kesudahan pertembungan menarik ini.

Rabu, Mei 26, 2010

Inisiatif baru Polis Kelantan



Bagi mewujudkan kesedaran dan kerjasama orang ramai tentang jenayah, satu inisiatif baru diambil polis Kelantan dengan menaikkan papan tanda yang memaparkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis Rasulullah saw.

Puluhan papan iklan memaparkan tuntutan itu yang selaras dengan kehendak agama berpandukan ayat-ayat suci al-Quran serta hadis Rasulullah SAW ditempatkan di beberapa lokasi strategik di seluruh negeri ini. .

RM 1500 Untuk Emas Sukma 2010



ATLET Kelantan yang meraih pingat emas pada Sukma akan menerima insentif kecemerlangan sebanyak RM1,500, manakala perak (RM1,000) dan gangsa (RM750).
Jumlah insentif ditawarkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan dan Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSNK) itu bertambah dengan pemberian RM1,000 bagi emas, RM750 perak dan RM500 gangsa pada Sukma di Terengganu, 2008.

Selasa, Mei 25, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Kedah 0 - 0 Kelantan





8 mata memisahkan pendahulu Liga Super Selangor dengan Kelantan ekoran kegagalan pasukan Kelantan memunggut mata penuh di Darul Aman. Apapun tahniah kepada barisan pemain Kelantan yang berjaya mengelak kekalahan kali kedua kepada pasukan yang sama tahun ini.

Isnin, Mei 24, 2010

TM Liga Super 2010 : Kedah Lawan Kelantan



Mampukah Kelantan membalas kekalahan tunggal setakat ini kepada Kedah di Darul Aman ? Dengan prestasi terkini, misi mengutip 3 mata tidak mustahil dicapai. Sama-samalah kita rakyat Kelantan berdoa agar pasukan Red Warrior pulang dengan kejayaan.

Ahad, Mei 23, 2010

KAFA Maju Setapak Lagi

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melangkah setapak lagi dalam usaha menjadikan pasukan itu sebagai salah satu jenama sukan tanah air apabila membuka kafe The Red Warriors Station (TRWS) serta radio Internet rasmi mereka, The Red Warriors FM (TRW.FM).

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah tersebut selaras dengan usaha persatuan itu untuk memastikan bola sepak menjadi sebuah industri perniagaan yang menguntungkan dan mampu menjana pendapatan kepada pasukan.

“Kafe ini akan dijadikan sebagai tempat untuk peminat bola sepak berkumpul, malah di sini juga pelbagai cenderamata pasukan The Red Warriors akan dijual.

“Selain itu, dengan adanya radio rasmi ini, peminat The Red Warriors di seluruh dunia dapat mengetahui perkembangan semasa pasukan dan mengikuti setiap perlawanan secara langsung,” katanya.

Upacara perasmian TRWS dan TRW.FM telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

TRWS dibuka atas ilham dan pelaburan seorang usahawan terkenal yang juga peminat setia The Red Warriors, Datuk Siti Hamidah Hamad.

Sementara itu, Shabery ketika berucap berkata, keupayaan KAFA dalam menjadikan bola sepak sebagai satu perniagaan memberikan peluang kepada mereka untuk berdiri di kaki sendiri.

“Di negara maju, konsep ini sudah lama diamalkan apabila pasukan bola sepak menjadikan sukan ini sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan.

“Malah, mereka mampu membuka sebuah gedung yang menjual pelbagai jenis barangan sukan kepada peminat mereka,” katanya.

Jelas beliau, situasi tersebut masih belum dapat dilihat di negara ini apabila mana-mana pasukan bola sepak selalunya bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan untuk menjayakan operasi mereka.

Sehubungan itu, beliau percaya sekiranya peminat sukan tanah air memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan mereka, satu transformasi untuk menjadikan bola sepak sebagai industri akan dapat dilihat dalam sedikit masa lagi.

“Bagi penyokong di luar negara, mereka akan membeli barang asli yang dikeluarkan oleh pasukan kerana bagi mereka ini adalah satu cara untuk memberi sokongan.

“Akhirnya, kelab mampu membina stadium sendiri malah mereka juga membayar cukai kepada kerajaan bukannya mengharapkan bantuan semata-mata,” tegas beliau.

Sabtu, Mei 22, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Kelantan 2 - 1 Perlis





video

Dua jaringan terhasil menerusi Norshahrul Idlan Talaha dan S.Chanthuru memastikan 3 mata lagi milik Kelantan. Tahniah Red Warrior.

Jumaat, Mei 21, 2010

TM Liga Super 2010 : Kelantan Lawan Perlis



Misi memburu 3 mata diteruskan lagi malam ini. Mampukah The Red Warrior membenam cabaran Perlis? Sama-samalah kita tunggu kesudahan aksi yang berlangsung di Kota Bharu nanti.

Rabu, Mei 19, 2010

Kelantan laksana cuti bersalin 90 hari



Kerajaan Negeri Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar berkata, peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.

Beliau berkata, kertas cadangan telah diperincikan di peringkat jawatankuasa portfolio dan akan dibawa ke mesyuarat Exco minggu depan sebelum diluluskan.

Menurutnya, pada dasarnya kerajaan negeri sudah lama bersetuju untuk melaksanakan peraturan itu tetapi mengikut prosedur, ia perlu dibentangkan di peringkat mesyuarat Exco untuk mendapat kelulusan.

Ditanya sama ada peraturan baru itu boleh menjejaskan produktiviti kerja penjawat awam, Wan Ubaidah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang berkata, penjawat awam di jabatan kerajaan negeri ramai dan boleh membantu tugas kakitangan yang cuti bersalin. - Bernama

Selasa, Mei 18, 2010

Laksa Kelantan



Apa yang membezakan laksa Kelantan dengan laksa Penang ialah kuahnya. Laksa Kelantan dihidang bersama campuran ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, daun serai, tauge, daun kesum dan bunga kantan.

Isnin, Mei 17, 2010

Karnival Red Warrior 2010

















Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) akan menganjurkan Karnival 'The Red Warriors' (TRW) selama tiga hari bermula 28 Mei ini di Stadium Sultan Muhammad Keempat di sini dalam kempen merakyatkan sukan itu kepada setiap lapisan masyarakat.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata program yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sukan khususnya bola sepak yang mula mendapat tempat di hati rakyat.

"Dengan cara demikian orang ramai akan menganggap sukan bukan satu permainan tetapi lebih dari itu malah satu perniagaan yang menguntungkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Annuar berkata sempena karnival itu beberapa program telah diatur termasuk pertandingan futsal padang peringkat sekolah rendah dan menengah, pertandingan mewarna di kalangan kanak-kanak, pertandingan jejaka perkasa dan persembahan dikir barat.

Beliau berkata karnival yang berakhir pada 30 Mei itu akan diserikan dengan kehadiran beberapa orang penyanyi tersohor tempatan termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Mawi, Jay Jay dan kumpulan nasyid Unique.

Beliau berkata sempena kepulangan pasukan Kelantan dari Pulau Pinang beberapa acara akan diadakan seperti pertandingan titian bola, lelongan bola dan baju dan perlawanan futsal padang terbuka turut diadakan.

Exco kerajaan negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan Abdul Fatah Mahmood dijangka merasmikan karnival itu dan majlis penutup akan dilakukan oleh beliau sendiri. - BERNAMA

Ahad, Mei 16, 2010

Pertandingan Fotografi The Red Warriors 2010



Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) menganjurkan pertandingan fotografi The Red Warriors 2010. Untuk maklumat lanjut mengenai butiran pertandingan tersebut bolehlah melayari laman web dibawah :
http://www.theredwarriors.com/v2/index.php?option=com_ckforms&view=ckforms&id=3&Itemid=100125

Sabtu, Mei 15, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Kelantan 3 - 0 Terengganu







video

Tahniah..Terharu dengan sambutan penyokong yang memenuhi stadium walhal sudah mengetahui ada siaran langsung perlawanan Kelantan melawan Terengganu di TV1. Semangat penyokong ini berbaloi dengan persembahan mantap pemain Kelantan. 3 gol Kelantan hadir menerusi gol sendiri kapten Terengganu, Mazuki Yusuf dan sumbangan Indra Putra Mahyudin serta Nor Shahrul Idlan Talaha. Kemenangan ini membolehkan Kelantan meninggalkan Terengganu dengan kelebihan 8 mata sambil terus mengekori rapat pendahulu, Selangor.

Jumaat, Mei 14, 2010

TM Liga Super 2010 : Kelantan Lawan Terengganu



Pakat mari ramai-ramai malam esok ke stadium Sultan Mohd Ke - IV. Pertembungan 2 jaguh Pantai Timur pasti menjanjikan perlawanan yang sengit dan menghiburkan.

Rabu, Mei 12, 2010

Hero Malaysia Anak Kelantan



Biar apapun prestasi Hafiz Hashim sebelum ini, yang pastinya malam ini pemain kelahiran Kg Sireh, Kota Bharu ini dijulang sebagai hero penyelamat pasukan badminton negara ketika bertemu Denmark di peringkat suku akhir Piala Thomas 2010. Hafiz mengutip mata ketiga negara seterusnya membawa pasukan negara ke perlawanan separuh akhir menentang China.

Selasa, Mei 11, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Johor 1 - 4 Kelantan





video

Kemenangan bergaya 4-1 dicatatkan oleh pasukan Kelantan malam tadi menerusi 2 gol sumbangan Badhri Radzi dan masing-masing 1 gol oleh Kapten, Indra Putra Mahyuddin dan Hairuddin Omar. Tahniah Red Warrior. Rentak kemenangan pasti ditagih peminat ketika menanti kunjungan pasukan jiran, Terengganu 15 Mei ini.

Isnin, Mei 10, 2010

TM Liga Super 2010 : Johor Lawan Kelantan



Misi memburu 3 mata diteruskan lagi pada malam ini di Stadium Larkin. Ayuh Red Warrior.

Mat Yaacob Rebana


Mat Yaacob Bin Awang Besar
Adiguru Aneka Kraf (2006)










En. Mat Yaacob mula menceburi sejak kecil dengan mengikut bapa dan juga bapa saudaranya yang aktif membuat dan memainkan rebana ubi. Datuk moyang tokoh dan Kampung Baru Pupuk sememangnya masyhur dengan seni rebana ubi sejak dahulu lagi. Tokoh mula bermain rebana ubi sejak 56 tahun yang lalu iaitu ketika beliau berumur 12 tahun. Kini, selain daripada mengusahakan pembuatan rebana ubi, tokoh juga bekerja sebagai pesawah dan penoreh getah.



Pelapis Kraf

Tiada seorang pun daripada empat orang anak tokoh yang berminat untuk menjadi generasi pelapis dalam kemahiran pembuatan dan permainan rebana ubi. Namun begitu, sehingga kini hanya ada seorang anak muridnya yang mampu menguasai kemahiran ini dengan baik iaitu Shafawi b. Tahir. Shafawi yang lebih mesra dengan panggilan Pak Wi merupakan anak jati Kg. Baru Pupuk dan menjadi harapan kepada En. Mat Yaacob biarpun telah berusia 52 tahun.

Menurut tokoh, selain Kraftangan Malaysia, beliau tidak menerima sebarang bantuan atau insentif dari badan atau jabatan kerajaan yang lain. Namun begitu, tokoh sering menerima jemputan demonstrasi dan pertandingan di seluruh Malaysia.

Antara persembahan demonstrasi yang pernah disertai ialah Demonstrasi Hari Kraf Kebangsaan (2002), Persembahan Kebudayaan di Dataran Merdeka (2002) serta Persembahan Kebudayaan di Putrajaya (2005) manakala pertandingan yang pernah dimenangi ialah sebagai Johan Pertandingan Rebana Peringkat Negeri. Selain daripada itu, tokoh juga pernah mendapat liputan media dari RTM, TV3 dan pelbagai stesen televisyen yang lain.

Sabtu, Mei 08, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Pahang 3 - 3 Kelantan







video

Kebangkitan pada lewat perlawanan menerusi gol Chanturu Suppiah dan Nizad Ayub memadamkan kelebihan pendahuluan 3-1 Pahang. Gol pertama kelantan hadir menerusi Nor Farhan Muhammad. Seri pada malam ini menyebabkan jurang dengan pendahulu, Selangor semakin melebar kepada 6 mata. Cuma sedikit kelegaan bila mana pasukan bawahan yang mengejar Kelantan juga mencatat keputusan seri.

Jumaat, Mei 07, 2010

Tupai Oh Tupai



Apa kena mengena tupai dengan negeri Kelantan? Sebenarnya tiada apa-apa pun cuma tupai ini popular di Kelantan berikutan lagu dikir barat yang dipersembahkan oleh pendikir tersohor iaitu Halim Yazid.

TM Liga Super 2010 : Pahang Lawan Kelantan



Mampukah Kelantan meneruskan rentak kemenangan? Sama2lah kita berdoa agar pasukan Red Warrior beroleh kemenangan pada malam esok.

SMK Padang Pak Amat juara memasak sekolah menengah Kelantan



Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pak Amat, Pasir Puteh menjuarai Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor.

Tempat kedua disandang oleh SMK Kedai Buluh. SMK Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai pula mendapat tempat ketiga.

Sebanyak 10 buah sekolah mewakili Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) menyertai pertandingan yang diadakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan tajaan Nestle Produk Sdn. Bhd.

Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran negeri (JPN), Ismail Abd. Wahab merasmikan majlis penyampaian hadiah pertandingan itu.

Isteri Pengarah JPN Kelantan, Azmiah Hayati Yusoff pula menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Khamis, Mei 06, 2010

Pak Isa Serunai

Serunai merupakan pelengkap kepada peralatan muzik tradisional. Encik Isa bin Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Isa di antara pemain dan pembuat serunai yang disegani terutama oleh masyarakat setempat. Dilahirkan pada tahun 1943, di Kampong Kebakat, Wakaf Baru, Kota Bharu, Kelantan. Selain daripada perlu menghasilkan tiupan yang merdu, Pak Isa menitikberatkan penampilan sesebuah serunai yang bakal ditiupnya. Beliau mewarisi kebolehan bermain dan membuat serunai daripada ayahnya.

Kepakaran yang dimiliki oleh Pak Isa ini telah melayakkan belia memenangi pertandingan serunai anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada tahun 1994 dan 1997 dan pertandingan budaya peringkat negeri anjuran Tan Sri Mubin Sheppard pada tahun 1979. Beliau turut menerima gelaran kebudayaan Sri Setia daripada yang di Pertuan Agong pada tahun 1971. Bagi menghargai bakat dan kemahirannya, Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai ADIGURU KRAF SERUNAI pada tahun 1997.

Pak Lah Tukang Besi Tersohor Kelantan

Abdullah bin Daud antara tukang besi yang segani di seluruh negara. Belajar bertukang besi daripada ayahnya yang juga merupakan seorang tukang.Pernah mendapat pendidikan formal sehingga darjah dua. Beliau menghabiskan masa di bengkel ayahnya dengan membuat barangan kecil seperti pisau, hulu parang dan pisau kemudian dijual kepada rakan-rakan sekolah pada harga antara 20 sen hingga 60 puluh sen.

Sebagai remaja beliau pernah mencuba beberapa pekerjaan dan merantau ke Thailand dan Singapura. Akhirnya anak muda ini mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halaman dan bertekad mengusahakan pertukangan besi sepenuh masa dan pada usia 24 tahun beliau telah mahir menempa senjata. Beliau mahir menghasilkan pelbagai jenis senjata seperti keris, pedang, parang, tukul, beliung, golok, kapak dan kerambit. Senjata istimewanya ‘Kerambit Lawi Ayam’. Keistimewaan En Abdullah yang lebih senang dengan panggilan Pak Lah ialah kemahiran beliau melakukan proses menghasilkan senjata dari memilih besi sehingga mengukir hulu dan sarung senjata. Ini adalah merupakan bakat semulajadi beliau.

Apabila perusahaannya bertambah maju beliau membuka bengkel sendiri dengan dibantu oleh ayah saudara beliau. Beliau sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan perusahaan beliau. Barangan yang dihasilkan dilakukan dengan cara pengeluaran dengan kuantiti yang banyak dan dipasarkan di Pasar Kota Bharu dan Machang. Ternyata hasil kerja beliau sememangnya mendapat perhatian penduduk- penduduk setempat, pelancong serta orang kenamaan.

DAYA KREATIVITI DAN INOVASI

Encik Abdullah lebih suka memasarkan barangan buatan beliau secara terus kepada pelanggan. Ini kerana pelanggannya dapat melihat hasil kerja tangannya yang halus serta dapat terus berurusan dengan beliau.Secara tidak langsung mereka akan mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. Terdapat juga pelanggan yang menempah terus dari beliau dan ada juga dijual melalui pasar.

Pak Lah bukan sahaja mahir dalam membuat senjata malah beliau mampu menghasilkan hulu keris, parang dan senjata lain dengan unik sekali. Lama – kelamaan kemahiran beliau dalam petukangan besi ini telah mendapat tempat di kalangan orang ramai dan beliau mula menerima tempahan dari orang luar dan orang – orang kenamaan. Antara senjata yang dihasilkan oleh beliau adalah keris untuk Istana Besar Perlis serta peralatan lembing dari Kerajaan Negeri Terengganu.


SUMBANGAN TOKOH KEPADA INDUSTRI KRAF DAN MASYARAKAT

Kejayaan demi kejayaan mula beliau kecapi. Antaranya beliau pernah dijemput beberapa kali membuat persembahan dan demonstrasi bagi pihak Lembaga Pengalakkan Pelancongan Malaysia. Tempahan barangan senjata dari agensi – agensi kerajaan lain juga turut diterima antaranya ialah Muzium Kelantan, Muzium Johor, Muzium Terengganu dan Muzium Pekan, Pahang. Beberapa majalah, suratkhabar, dan media lainnya mula memberi publisiti kepada beliau dalam ruangan seni dan budaya.

Beliau dilantik sebagai Adiguru Kraf Pandai Besi pada tahun 1993 oleh Kraftangan Malaysia. Beliau dipilih berdasarkan beliau merupakan satu – satu pembuat senjata Melayu yang mahir membuat senjata dan mengukir hulu senjata serta komitmen beliau terhadap penduduk setempat. Di Kampung Manan, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan beliau terkenal sebagai guru silat dan guru mengajar mengaji Al-Quran. Tidak hairanlah beliau sering menjadi pakar rujuk dan juga orang yang dihormati di tempat beliau.

Adiguru jebak puyuh




Dia buta huruf kerana tidak berpeluang untuk belajar di sekolah ketika zaman kanak-kanak, namun sentuhan Che Mud Che Awang, 70, dalam menghasilkan jebak puyuh amat terbilang sehingga melayakkannya menerima pengiktirafan oleh kerajaan kerana kegigihan memartabatkan seni warisan Melayu yang semakin pupus itu.

Dianugerahkan Adiguru Kraf Jebak Puyuh pada 1989 oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, namun Che Mud tidak pernah riak sebaliknya semakin ‘galak’ menghasilkan kraftangan yang dianggap unik itu.


Apa yang pasti, Che Mud,dari Kampung Bunohan, Tumpat adalah satu-satunya pembuat jebak puyuh yang ada di negara ini selepas beberapa rakan seperjuangannya meninggal dunia, menyebabkan dia rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan seni warisan Melayu itu daripada terus berkubur.

Bela Burung Candik Perlu Ada Lesen



Peminat burung candik, sejenis haiwan yang dilindungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), dinasihatkan supaya mendapatkan lesen untuk memelihara unggas itu.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Fadzil Abdul Fatah berkata, mereka yang gagal berbuat demikian boleh didakwa dan didenda sehingga RM3,000 jika sabit kesalahan mengikut Akta 76 Akta Perhilitan 1972.

Menurutnya, di bawah peraturan itu, setiap ekor burung dikenakan lesen RM10 setahun dan pemilik burung boleh menggunakan permit untuk 10 ekor burung

Selasa, Mei 04, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Kelantan 2 - 1 Pahang







video

Kelantan memanfaatkan kekalahan Terengganu di Darul Aman untuk merampas kedudukan kedua Liga Super 2010. Kemenangan 2-1 mengatasi Pahang membolehkan pasukan Kelantan menamatkan pusingan pertama TM Liga Super 2010 ditangga kedua yang dibezakan hanya 4 mata dengan pendahulu Selangor. Jaringan Penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha dan Hairudin Omar cukup berharga untuk mengekalkan momentum kemenangan setakat ini. Tahniah Red Warrior. Rakyat Kelantan bangga dengan anda semua.

Isnin, Mei 03, 2010

Kondominium Pelangi Riverview



Kondominium Pelangi Riverview merupakan rumah tamu yang menawarkan perkhidmatan penginapan bagi tetamu atau pelancong yang berhasrat bertandang ke Kota Bharu. Terletak di pinggiran aliran tenang sungai Kelantan di Blok B bangunan Pelangi Mall yang merupakan mercu tanda terbaru kota Bharu, amat mudah untuk dilihat bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke ibu negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Pelangi Riverview Kondominium terletak di aras 21 menghadap ke sungai kelantan. Ia disediakan dengan kemudahan ruang tamu, ruang makan, serta dapur yang dilengkapi dengan kabinet. Tersedia dengan kemudahan 4 bilik tidur serta 3 bilik air bakal menyediakan ruang secukupnya kepada tetamu. Dengan keluasan lantai keseluruhan melebihi 1500 kaki persegi, ia menjanjikan keselesaan kepada para tetamu bekeluarga mahupun berkumpulan.

Lokasi

Rumah tamu (guest house) Pelangi Riverview Kondominium berada dilokasi yang amat berdekatan dengan kemudahan-kemudahan utama seperti medan selera, pusat tarikan pelancongan, klinik, shopping kompleks, pasar besar dan sebagainya. Bagi pelancong, pusat tarikan utama hanyalah berada dalam linkungan jarak berjalan kaki sahaja. Untuk ke medan selera Tambatan Di-raja jaraknya hanyalah 2 minit, masjid Muhammadi, Padang Bank, Bank Kerapu - 5 minit. Pasar Siti Khatijah, The Store, Pantai Timur, serta bank-bank utama (CIMB, BIMB, HSBC, RHB) - 10 minit berjalan kaki. Apa yang penting juga, rumah tamu (guest house) Pelangi Riverview Kondominium Apartment boleh dicapai dengan mudah melalui beberapa jalan alternatif untuk mengelakkan kesesakan sewaktu musim-musim perayaan dan juga musim cuti sekolah.

TM Liga Super 2010 : Kelantan Lawan Pahang



Tiga kemenangan berturut-turut dengan jumlah purata 3 jaringan setiap perlawanan yang yang dilakarkan pasti mengundang kehadiran ramai penonton di Stadium Sultan Mohd ke IV pada malam esok. Kelantan akan menentang pasukan pahang dalam perlawanan penutup tirai pusingan pertama Liga Super 2010. Kebangkitan pasukan Kelantan yang digelar "Red Warrior " akhir-akhir ini pasti mengembirakan dan membangkitkan semangat penyokong setia pasukan ini. Kepada peminat bolasepak Kelantan, hadirlah ke stadium pada malam esok beramai-ramai untuk memberi sokongan padu kepada pemain Kelantan. Pastikan tiada kekecohan ditimbulkan dan jagalah disiplin anda ketika berada di stadium.

Sabtu, Mei 01, 2010

Tiga Amah



Syiling 50 sen disebut sebagai 'samah'manakala wang berharga RM 1.50 biasanya disebut 'tiga amah' oleh masyarakat Kelantan terutamanya generasi terdahulu. Sekarang panggilan tersebut semakin jarang kedengaran malahan ada kanak-kanak atau orang dewasa generasi hari ini tidak mengetahui panggilan bagi wang berjumlah RM 1.50 ini. Namun begitu, tidak pernah pula mendengar orang Kelantan menyebut " amah "bagi bilangan selain satu dan tiga iaitu dua, empat, lima, enam dan seterusnya.