Isnin, Februari 28, 2011

MSL 2011 : Kelantan Lawan N.Sembilan



Kelantan akan berhadapan dengan cabaran yang paling kuat apabila bertemu dengan pasukan N.sembilan di Kota Bharu esok. Seperti diketahui, pasukan N.Sembilan pada musim ini diperkuatkan dengan nama-nama besar seperti wira Piala Malaysia Kelantan, Hairuddin Omar, Nor Hafiz Zamani Misbah, Ahmad Fakri Saarani, Farizal Marlias Dan Irwan Fadly Idrus. Selain itu N.Sembilan juga bakal diperkuatkan kembali oleh adik beradik kembar, Aidil dan Zaquan Adha. Kemenangan yang dicari tatkala kekalahan bermakna Kelantan akan kehilangan takhta liga kerana beza mata antara Kelantan dan N.Sembilan hanya dipisahkan dengan 2 mata. Pasukan Perak juga boleh memintas Kelantan andai dapat menewaskan Harimau Muda A. Ayuh.. berjuanglah wira-wira merah dengan sesungguh hati. Buktikan kemenangan kita di Final Piala Malaysia lalu bukan nasib semata-mata. Insyallah pasukan Kelantan akan berjaya.

Jumaat, Februari 25, 2011

Keputusan MSL 2011 : Kedah 1 Kelantan 1





Kelantan terus mengekalkan rekod tanpa kalah kepada 5 perlawanan dalam saingan Liga Super 2011 apabila mengikat pasukan Kedah dengan keputusan 1-1 di Stadium Darul Aman. Gol jaringan Norshahrul Idlan Talaha memadam kelebihan Kedah yang dahulu didepan menerusi penyerang prolifik mereka yang berasal dari Kelantan, Azlan Ismail. Kelantan seharusnya mengutip 3 mata penuh jika tidak kerana deretan peluang yang disia-siakan oleh barisan pemain hadapan terutamanya Badhri Radzi. Apapun tahniah diucapkan kepada pemain Kelantan yang bermain bersungguh-sungguh untuk mengekalkan rekod tanpa kalah Kelantan. Untuk rekod, Kelantan tidak pernah tewas di tempat lawan semenjak tahun 2010 lagi dalam semua pertandingan iaitu dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Khamis, Februari 24, 2011

MSL 2011 : Kedah Lawan Kelantan



Kelantan akan berhadapan dengan Kedah dalam perlawanan kelima MSL 2011 di Stadium Darul Aman. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena 25 Febuari 2011 pukul 8.30 malam. Kepada rakyat kelantan yang berkesempatan mengunjungi Stadium Darul Aman, berilh sokongan padu kepada pasukan Kelantan. Semoga 3 mata lagi menjadi milik pasukan Kelantan. Insyaallah.

Selasa, Februari 22, 2011

Buah Cupu



Buah kecupu ini dipanggil buah cupu. Biasanya buah yang muda dimakan bersama budu sebagai penambah perisa budu kerana buah ini rasanya masam.

Keputusan STPM Kelantan Lebih Baik Dari Kebangsaan



Kelantan mencatatkan keputusan STPM lebih baik dari peringkat kebangsaan apabila mendapat 96.23 peratus kelulusan penuh berbanding 92.49 peratus peringkat kebangsaan.

Berdasarkan laporan terbaru, daripada jumlah tersebut, seramai 3,365 calon (56.08 peratus) pelajar Kelantan memperolehi empat dan lima prinsipal berbanding seramai 3,245 pada 2009.

Sekaligus, rekod ini mencatatkan peratusan kelulusan penuh lebih baik dari peringkat nasional iaitu 92.49 peratus, umum Pengarah Pelajaran Kelantan Hussein Awang.

3 Wakil Kelantan Pra Olimpik 2011 : Malaysia Lawan Pakistan



Perlawanan kelayakan Olimpik 2011 yang menemukan pasukan Malaysia dan Pakistan pada 23 Febuari ini menampilkan tiga pemain kelahiran Kelantan iaitu Khairul Fahmi Che Mat , Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Ferris Denial Mat Nasir. Khairul Fahmi dipilih sebagai ketua pasukan dalam perlawanan ini.

Kemeriahan Bola Sepak Kelantan





Jika mahu melihat suasana meriahnya bola sepak di Malaysia, datanglah ke Kelantan. Buktinya 2 gambar di atas menunjukkan sambutan penonton terhadap pasukan bola sepak Kelantan begitu membara sehinggakan perlawanan peringkat awal Piala FA pun ramai yang datang menonton siaran langsung yang dipancarkan melalui skrin besar di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Umpama menonton perlawanan akhir Piala Malaysia jika melihat betapa riuh rendahnya sorakan penonton yang hadir. Perlawanan yang dilangsungkan di Kuala Terengganu itu disiarkan secara langsung oleh saluran Astro Arena.

Jumaat, Februari 18, 2011

Keputusan Piala FA 2011: T Team 1(5) - 1(6) Kelantan







Debaran saingan selama 120 minit terlerai apabila sepakan penalti keenam pemain T Team, Norfazly Alias melambung tinggi ke udara. Pemain Kelantan merayakan kemaraan mereka ke pusingan kedua dengan jalan berliku. Sesudah mendahului 1-0 hasil jaringan Rizal Fahmi Rosid, kelalaian benteng Kelantan dihukum bekas kapten pasukan musim lalu, Indraputra Mahyuddin untuk mengikat kedudukan 1-1.

Kelantan berupaya menamatkan perlawanan dalam masa 90 minit apabila mendapat sepakan penalti, sesudah Danial Fazli Abdullah dijatuhkan oleh Indraputra di dalam kotak penalti, namun sepakan yang diambil Norshahrul Idlan Talaha melambung tinggi.

Sesudah tamat masa tambahan 30 minit, kedudukan masih 1-1. Penalti yang disempurnakan oleh Norshahrul, Rizal Fahmi,Shakir Shaari,Nurul Azwan Roya, Daudsu Jamaluddin dan Danial Fazli membantu kemaraan Kelantan. Tahniah Red Warrior.

Khamis, Februari 17, 2011

Piala FA 2011 : T Team Lawan Kelantan



Perlawanan yang dijangka sengit dan bermaruah. Kepada yang tidak dapat menghadirkan diri ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bolehlah menonton perlawanan ini secara langsung di Astro Arena, Hari Jumaat 18 Febuari 2011 bermula pukul 8.30 malam

Rabu, Februari 16, 2011

Keputusan MSL 2011 : Kuala Lumpur 0 Kelantan 2







Kelantan meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Liga Super 2011 apabila membenam cabaran skuad warga kota, K.Lumpur 2-0. Gol menerusi Ramzul Zahini Adenan dan Nor Shahrul Idlan Talaha membolehkan Kelantan mengekalkan kedudukan selaku pendahulu carta liga selepas empat perlawanan. Tahniah Red Warrior.