Isnin, Februari 14, 2011

MSL 2011 : Kuala Lumpur Lawan Kelantan



Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada Kelantan walaupun perlawanan dilangsungkan di Kota Bharu. Ekoran padang stadium PBKL di Cheras yang tidak memuaskan, perlawanan keempat MSL 2011 ini terpaksa dialihkan ke Stadium Sultan Muhd ke - IV. Peluang bagi Kelantan untuk mengukuhkan kedudukan di persada liga jika mampu menewaskan Kuala Lumpur. Walaupun begitu, kemampuan Kuala Lumpur tidak boleh dipandang rendah kerana mereka antara 4 pasukan yang masih belum tewas termasuk Perak, Kelantan dan Terengganu.
Kepada Pemain Kelantan, gunakanlah kelebihan di gelanggang sendiri ini untuk meraih kemenangan. Selamat maju jaya kepada pemain Red Warrior.

Sabtu, Februari 12, 2011

Keputusan MSL 2011 : Kelantan 4 Johor FC 1









Kemenangan bergaya Kelantan ke atas Johor FC di Kota Bharu melonjakkan pasukan ini ke tangga teratas Liga Super 2011 selepas tiga perlawanan. 4 gol Kelantan disumbangkan oleh Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Talaha, Nizad Ayub dan gol sendiri pemain lawan. Tahniah Red Warrior. Kekalkan momentum kemenangan dan diharap kedudukan ini dikekalkan sehingga ke penghujung saingan.

Jumaat, Februari 11, 2011

Liga Super 2011 : Kelantan Lawan Johor FC



Esok bakal berlangsung perlawanan ketiga Kelantan dalam Liga Super 2011. Menentang Johor FC di laman sendiri diharap tiga mata penuh akan dikutip. Kepada pemain Kelantan, jadikan keputusan seri ketika menentang Terengganu pada perlawanan lalu sebagai pengajaran supaya tidak mudah leka ketika mendahului pihak lawan. Meraih tiga mata di gelanggang sendiri adalah kemestian yang harus tersemat di jiwa pemain Kelantan. Ayuhlah perwira-perwira Red Warrior. Buktikan kejaguhan Kelantan.

Selasa, Februari 08, 2011

Restoran Cik Siti Wan Kembang Di KB Mall



Rangkaian Restoran Che Siti Wan Kembang menyediakan aneka jenis masakan melayu kelantan.

Bahan mentah adalah dikeluarkan sendiri dari ladang-ladang perusahaan kerajaan negeri kelantan seperti projek etrnakan kambing/lembu , projek pertanian kelantan.

Menu utama - sup tulang lembu salor, gulai daging kambing jamnapari, ikan bakar tok bali,

Loghat : Burung



Burung Tiung Gembala Kerbau ini lebih dikenali sebagai burung Lebar manakala burung pipit ini dipanggil burung Cap Rumah

Isnin, Februari 07, 2011

Maggi Ketam





Maggi ketam sudah mula popular di Kelantan. Sudah banyak kedai yang menjual makanan ini. Namun, yang diketahui penulis, ada dua kedai yang tersohor menjual maggi ketam ini iaitu kedai di Pauh Lima, bachok dan di Cherang Ruku, Pasir Puteh

Gambar diambil dari blog http://cikguazemi.blogspot.com

Nasi Kukus Zakini



Restoran nasi kukus Zakini ini terletak di no 12, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200, Kota Bharu, Kelantan. Nasi Kukus zakini ini diusahakan oleh pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Zaki dan Ani. Pasangan ini menjual nasi kukus sekitar tahun 80-an dengan cara menjaja sehinggalah mampu memiliki premis yang ada sekarang.



Cubalah rasa nasi kukus ini. Sememangnya rasa yang sedap dan menyelerakan.

Sabtu, Februari 05, 2011

Ikan Sepilai



Ikan Sepilai ni mudah dijumpai di baruh atau petak-petak sawah. Budak-budak sering menangkap ikan ini untuk dijadikan ikan laga. Namun sekarang budak-budak mungkin ada yang tidak mengenali ikan ini kerana peredaran masa.

Rabu, Februari 02, 2011

Novel Tok Janggut



Sebuah buku yang menceritakan perjuangan Tok Janggut membebaskan negeri Kelantan daripada penjajah Inggeris. Buku hasil karangan Abdul Latip Talib yang diterbit oleh PTS LITERA UTAMA SDN BHD ini wajar dibaca oleh semua lapisan umur yang ingin mengetahui sejarah penentangan Inggeris di bumi Cik Siti Wan Kembang ini.

Selasa, Februari 01, 2011

Keputusan MSL 2011 : Kelantan 1 Terengganu 1






Penjaring Gol Kelantan : Badhri Radzi

Kelantan gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila diikat Terengganu dengan keputusan seri 1-1.

Bermula garang dengan gol menerusi kapten, Badhri Radzi pada minit ke 35. Namun disamakan oleh kapten Terengganu, Mazuki Yusof pada minit ke 73.

Apapun, tahniah dan terus berusaha untuk memastikan kemenangan sentiasa memihak kepada Rer Warrior.