Selasa, Januari 05, 2010

Kijang


Pada Jata Negeri Kelantan terdapat dua ekor kijang yang mengimbau kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan ( kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu

Lagu Selamat Sultan


Selamat Sultan ialah lagu negeri Kelantan. Irama bagi lagu ini digubah oleh Allahyarham Haji Mohamed bin Mohamed Saaid pada tahun 1927, manakala seni katanya digubah oleh Allahyarham Mahmood bin Hamzah pada tahun 1930.

Sejarah

Haji Mohamed bin Mohamed Saaid, yang mana merupakan Ketua Pancaragam PDRM Kelantan pada ketika itu, diperintahkan oleh Almarhum Sultan Ismail supaya menggubah irama lagu untuk dimainkan ketika sambutan hari keputeraan Baginda pada 5 Julai 1927. Tiga tahun berikutnya (1930), Mahmood bin Hamzah, yang mana merupakan Setiausaha Negeri Kelantan pada ketika itu, menggubah seni kata bagi lagu tersebut, justeru melengkapkannya sebagai lagu negeri.

Parkson & Giant


Mercu tanda terbaru di Kota Bharu. Pasaraya Parkson dan Giant beroperasi di bangunan Kota Bharu Trade Center ( KBTC )

Isnin, Januari 04, 2010

Buah Katak Puru @ Nam Nam


Di Kelantan buah nam nam ini dipanggil buah katak puru. Bentuk buah ini yang seakan-akan badan katak menyebabkan ianya dipanggil sedemikian. Rasa buah ini masam-masam manis.Buah ini sesuai dimakan dengan colek kicap campur gula.

Cek Mek Molek


Ini antara kuih popular di negeri Cik Siti Wan Kembang.Kuih ini di perbuat daripada adunan tepung dan ubi keledek. Intinya diperbuat daripada air gula. Kuih ini lebih sedap dimakan ketika panas. Tetapi awas kalau dimakan panas-panas takut tersembur air gula cair yg panas itu.

Joget Kelate

Jumaat, Januari 01, 2010

Pulut Durian


Biasanya masyarakat Kelantan suka memakan buah durian dengan pulut seperti masyarakat utara yang gemar memakan pulut dengan buah Mangga




Lagu Dikir Barat Zaidi Buluh Perindu " Pulut Durian "

Khamis, Disember 31, 2009

Gasing leper Kelantan


Gasing leper Kelantan merupakan sejenis gasing yang sering dimainkan di Kelantan. Ia biasanya dimainkan menurut lama tempoh ia berputar.

Gasing leper kelantan merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 8 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 48 cm dengan ketinggian sekitar 6 cm. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini disimpai berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya agak mahal.

Rantau Panjang



Rantau Panjang merupakan pekan kecil di tepi sempadan Malaysia dan Thailand. Sempadan antara kedua-dua negara hanyalah sebatang sungai, Sungai Golok.

Terletak kira-kira 45 km dari Kota Bharu, Rantau Panjang merupakan sebuah tempat yang terkenal dan sentiasa menjadi tumpuan ramai. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati.

Rantau Panjang juga merupakan salah satu pintu masuk ke Malaysia dari negara Thai. Perkampungan ini dinamakan sempena susun atur perumahan panjang yang dibina semasa pembinaan landasan keretapi di selatan.


Kompleks Imigresen Rantau Panjang ( Pintu masuk Ke Thailand )


Sungai Golok




Aktiviti perniagaan di Pekan Rantau Panjang

Sungai Kelantan


Sungai Kelantan adalah satu sungai utama utama di Kelantan, Malaysia. Kawasan takungannya seluas kira-kira 11,900 km²[1] di timur laut Malaysia termasuk sebahagian daripada Taman Negara, dan mengalir ke arah Laut China Selatan. Taburan hujan di kawasan ini adalah di antara 0 mm semasa musim kemarau (Mac-Mei) hingga 1750 mm semasa musim tengkujuh (November-Januari). Purata hakisan daripada kawasan ini adalah 500 m³/s.

Tepian Sungai Kelantan mudah banjir terutama pada musim tengkujuh,bulan November hingga disember setiap tahun.

Pada 4 November 2009, bacaan di Sungai Kelantan di Tualang, Gua Musang pada pukul 2.30 petang berada pada paras 28.29 meter iaitu melebihi paras waspada 27 meter manakala paras bahaya sungai itu ialah 35 meter.

Bacaan sungai di Tangga Krai, Kuala Krai pada paras 20.38 meter (waspada 20 meter/bahaya 25 meter) dan di Kusial, Tanah Merah pula bacaan di sungai itu ialah 12.16 meter (waspada 12 meter/bahaya 16 meter).