Jumaat, November 13, 2009

Muzium Islam


Muzium ini telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail PertaƂ Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 11 November 1991. Menjadi Kediaman Menteri Besar Kelantan iaitu En. Hassan bin Mohd Salleh (1900 hingga 1920).

Bangunan ini juga telah dijadikan Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Selama 72 tahun 6 bulan.(9 Ogos 1917 hingga 15 Febuari 1990).

Bangunan ini diperbuat dari kayu terpilih dan dihiasai dengan reka bentuk tradisional melayu yang menarik. Mempunyai tulisan ayat AL-Quran dalam seni khat. Tingkat atas bangunan ini digunakan sebagai perpustakaan islam. Manakala tingkat bawah digunakan sebagai Balai Pameran dan Muzium Islam

Rabu, November 11, 2009

Gulai Kawah

Biasanya bila ada kenduri majlis kahwin, penduduk kampung akan bergotong royong memasak gulai daging dengan menggunakan kawah besar.Rasa gulai daging yang dimasak dalam kawah lebih enak daripada gulai yang dimasak biasa dalam periuk.Di sesetengah tempat gulai daging ini turut di campur dengan umbut kelapa untuk menambah keenakkan daging yang dimasak. Justeru kini jika bukan musim kenduri kahwin sekalipun sudah banyak gerai atau warung gulai kawah yang wujud kerana permintaan yang tinggi dari penggemarnya.Salah satu warung gulai kawah yang tersohor terletak di tepi jalan Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh. Keenakan gulai kawah juga menimbulkan idea kepada pendikir Fendi untuk merakamkan lagu dikir ' gulai kawah'


Gulai Kawah

Ahad, November 08, 2009

Ikan Darat


Ikan darat @ ikan air tawar seperti ikan Puyu, ikan Keli, ikan Haruan dan ikan Sepat sering kali mudah didapati pada musim bah @ banjir yang melanda Kelantan sekarang ini. Air sungai yang melimpah pada musim bah ini menyebabkan ikan-ikan ini turut "naik ke darat". Pada waktu inilah pukat digunakan untuk menangkap ikan yang hanyut ke darat kerana dibawa arus air sungai. Kesukaran mendapatkan ikan segar dari laut pada musim tengkujuh menyebabkan permintaan terhadap ikan darat ini meningkat. Tidak hairanlah pada musim tengkujuh ini banyak peniaga bermusim menjual ikan darat ini di tepi jalan.

Tahniah Wira Merah


Walaupun impian bergelar juara piala Malaysia 2009 hancur, namun kemaraan ke perlawanan akhir sejak 39 tahun adalah satu titik permulaan , langkahan pertama pasukan bolasepak kelantan mengorak cabaran menjadi pasukan yang disegani di masa hadapan.Tahniah Wira Merah. Semoga tahun 2010 menjadi tahun kegemilangan bolasepak Kelantan setelah tahun 2009 dianggap tahun kebangkitan.

Jom pakat gi Bukit Jalil

Khamis, November 05, 2009

Musim Tengkujuh Menggamit Pantai Timur


Hujan di Kelantan, Terengganu dijangka berterusan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran bahawa hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Antara kawasan di Kelantan yang terbabit ialah daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Bachok, Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai manakala di Terengganu ialah di Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun.

"Keadaan itu dijangka menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah di tebing sungai," menurut kenyataan jabatan itu di sini hari ini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dijangka berterusan sehingga esok di kawasan perairan Samul, Condore, Reef North dan Layang-Layang.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang dari arah timur laut sehingga mencecah 50-60 kilometer sejam dengan ombak mencapai 4.5 meter. - Bernama

Jersi Kelantan 2009

Rabu, November 04, 2009

Kelantan umum cuti peristiwa Ahad ini


Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa untuk seluruh negeri Ahad ini sempena kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memasuki final Piala Malaysia Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata keputusan itu sebagai menghargai dan menjaga keselamatan peminat yang akan ke ibu negara menyaksikan perlawanan akhir itu.

"Pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan juga akan menerima ganjaran pakej umrah dan wang saku secukupnya sebagai menghargai kejayaan melayakkan diri ke final," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi

Isnin, November 02, 2009