Khamis, Januari 24, 2013

Allahyarham Haji Ab Manan Bin Haji Yakub - Tokoh Kraf Negara

Adiguru Logam (2008) Tokoh Kraf Negara Logam (2011) Negeri : Kelantan Tarikh Lahir : 10 Jun 1944 Salah seorang tokoh dalam pertukangan perak yang disegani ramai ialah Haji Abdul Manan bin haji Yakub dari Kampung Sireh di daerah Kota Bharu, Kelantan. Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1944 dan mewarisi kemahiran pertukangan perak dari keluarganya. Beliau mula bertukang perak pada usia 16 tahun. Haji Abdul Manan sentiasa mengasah kreativiti dengan menghasilkan reka bentuk dan reka corak mengikut kehendak semasa. Beliau masih terus mengusahakan pembuatan barangan Perak dengan menggunakan tangan kerana permintaan terhadap produk ini masih tinggi. Kemahiran beliau mendapat pengiktirafan dari pihak Istana Kelantan apabila beliau dilantik sebagai tukang Kraf istana pada tahun 1993. pada tahun 2008, Kraf tangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Tokoh Kraf Pertukangan Perak

Khamis, September 13, 2012

"Scoreboard" Baru Stadium Sultan Muhammad Ke 1V.

Scoreboard digital baru Stadium Sultan Muhammad Ke IV yang akan menggantikan Scoreboard lama dijangka akan siap menjelangnya suku akhir saingan Piala Malaysia musim 2012 pada penghujung September nanti. Kos membina scoreboard digital ini dikatakan mencecah lebih Rm 2 Juta dan akan ditempatkan di bahagian penjuru stadium sultan muhammad ke iv.
Pelan Kedudukan scoreboard digital
Scoreboard lama p/s: Foto Ruddy Farizal

Lebuh Raya Rakyat

Projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion bakal menjadi satu lagi kebanggaan kepada rakyat Kelantan. Menariknya pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat. Majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, 28 Mei yang lalu. Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Jumaat, Julai 20, 2012

Ramadan Datang Lagi

Selamat menyambut kedatangan Ramadan kepada pembaca blog sekilas pandang.

Isnin, Ogos 08, 2011

Azamuddin Akil Taruhan Terbaru Kelantan

Kelantan berjaya mendapat khidmat penyerang muda Pahang , Azamuddin Akil untuk memperkukuhkan barisan serangan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia musim ini. Pemain yang diberi gelaran Alex ini dijangka akan bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha di barisan depan Kelantan untuk merobek gawang pasukan lawan nanti. Semoga kehadiran Alex ini dapat meringankan beban yang tergalas di bahu Norshahrul Idlan untuk menjaringkan gol. Selamat maju jaya kepada "Alex".

Sabtu, Ogos 06, 2011

Piala Malaysia 2011 : Kelantan Miliki Laluan Mudah



Juara bertahan Piala Malaysia 2010, Kelantan diundi berada dalam kumpulan C bersama dengan dua pasukan berstatus kelab iaitu Johor FC dan Felda United serta naib johan Liga Perdana 2011 Sarawak untuk saingan awal Piala Malaysia musim 2011. Keputusan undian ini memberikan laluan mudah untuk Kelantan melangkah ke suku akhir jika berdasarkan rekod pertemuan dalam Liga Super musim ini. Walaubagaimanapun pemain Kelantan tidak harus mengambil mudah kerana sudah pasti pasukan-pasukan ini mahu membalas kekalahan yang mereka alami dalam saingan liga.

Rabu, Julai 27, 2011

Kelantan Juara Piala Presiden 2011



Hujan rahmat melanda Kelantan yang terus menambah satu lagi koleksi trofi apabila menjuarai saingan akhir Piala Presiden selepas mengecewakan MP Muar 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Sultan Mohd Ke-IV di Kota Bharu, malam tadi.

Dalam saingan akhir yang bermula dengan rentak pantas dan rancak itu, tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Aris Zaidi seawal minit kesembilan tetapi MP Muar menyamakan kedudukan apabila Mohd Nor Hakim Hassan membolosi pertahanan Kelantan pada minit ke-21.
Gandingan penyerang Kelantan, Aris dan Mohd Farhan Yaakub beberapa kali mendapat peluang kembali di depan tetapi peluang terbaik Farhan pada minit ke-39 gagal menewaskan penjaga gol MP Muar, Mohd Khairul Izzuwan.

Bersambung babak kedua, kekentalan benteng pertahanan pelawat kerap dibolosi tetapi dalam keghairahan mencari peluang, Kelantan menerima padah apabila Mohd Zamri Ramli dilayangkan kad merah kerana mengasari kapten MP Muar, Mohd Fauzi Kadir.

Begitupun, saingan terus berlangsung sengit hingga pengadil M Tamilselvam melayangkan tiga lagi kad kuning sebelum tamat permainan masa sebenar.

Namun penyokong Kelantan bersorak riang apabila Mohd Khairul Izuan Rosli memastikan gol kemenangan sebaik empat minit permainan masa tambahan walaupun S Havivarman terlepas peluang untuk sekali lagi mengikat tuan rumah apabila cubaannya terkena palang.

Tahniah anak muda Kelantan.

Isnin, Julai 25, 2011

Final Piala Presiden : Kelantan Lawan MP Muar



Pasukan Piala Presiden Kelantan akan berentap dengan pasukan MP Muar untuk menentukan kejuaraan Piala Presiden 2011 dalam aksi yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke IV. Perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801. Kepada peminat bolasepak Kelantan, hadirlah beramai-ramai memenuhi tempat duduk stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan muda Kelantan ini. Insyaallah satu lagi piala bolasepak Malaysia akan berada di Kelantan bumi bertuah ini.

Selasa, Julai 19, 2011

Kota Bharu jadi pilihan FAM



Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sekali lagi diberi penghormatan apabila dipilih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai gelanggang perlawanan akhir Kejohanan Piala Presiden pada 26 Julai ini.

Dua pasukan finalis, iaitu Kelantan dan Majlis Perbandaran (MP) Muar, Johor akan berentap memburu kejuaraan bagi merebut trofi kejuaraan dan wang tunai RM100,000, sementara naib juara bakal membawa pulang wang tunai RM50,000.

Kedua-dua pasukan layak ke perlawanan akhir musim ini setelah mengalahkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir.

Kelantan berjaya mengetepikan saingan PKNS Selangor menerusi kemenangan agregat 2-0 sementara MP Muar mengejutkan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah terikat agregat 3-3.

Pihak Kafa memutuskan harga tiket bagi tempat duduk teres berbumbung bagi perlawanan akhir ini ialah RM10 sementara tempat duduk terbuka RM5. Tiket-tiket perlawanan akan dijual pada hari perlawanan tersebut.

Jumaat, Julai 15, 2011

Festival Makanan Antarabangsa Chengho dan Galeri Tamadun Islam (KelCheff 2011)



Sekadar Info. Yang mana berkesempatan, bolehlah menghadiri Festival Makanan Antarabangsa Chengho dan Galeri Tamadun Islam (KelCheff 2011)ini.

Kelantan Ke Final Piala President 2011



Pasukan bolasepak piala president Kelantan mara ke perlawanan akhir piala president 2011 apabila menundukkan kelab PKNS FC dengan agregat 2-0. Pada perlawanan separuh akhir pertama di Kota Bharu, Kelantan menang 2-0 manakala seri 0-0 pada perlawanan kedua di Petaling Jaya. Kelantan dijadualkan bertemu dengan pasukan MP Muar pada perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 22 Julai ini. Venue perlawanan akhir masih belum diputuskan lagi. Tahniah anak muda Kelantan.

Sabtu, Julai 09, 2011

Badhri Radzi Ketuai Senarai 4 Pemain Kelantan Ke Latihan Pusat Malaysia Lawan Chelsea



Kejayaan pasukan Kelantan menjuarai Liga Super 2011 membuka peluang kepada 4 lagi pemain Kelantan terpilih menjalani latihan skuad Malaysia bagi menghadapi Pasukan Chelsea pada 21 Julai nanti. Kapten pasukan, Badhri Radzi atau Piya mengetuai senarai pilihan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee bersama 3 lagi rakannya iaitu Izuan Solahuddin, S Subramaniam Dan Daudsu Jamaluddin. Ini merupakan panggilan pertama Piya dan Izuan ke latihan pusat skuad Malaysia, manakala bagi S.Subramaniam dan Daudsu ini merupakan panggilan pertama untuk mereka selepas hampir 3 tahun tersisih daripada skuad negara. Empat pemain ini menyertai Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Shakir Shaari dan S.Chanthuru yang terpilih dalam skuad utama Kebangsaan bagi menghadapi perlawanan dengan Arsenal dan Liverpool sebelum berdepan Singapura dalam pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014.

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa : Kelantan Lawan Pelita Jaya FC



Kelantan akan berhadapan dengan kelab Pelita Jaya dari Indonesia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada 9 Julai. Dalam perlawanan ini Kelantan dijangka akan menurunkan 3 pemain import yang bakal diuji untuk memperkuatkan barisan pemain Kelantan pada musim hadapan jika pemain import dibenar beraksi kembali dalam saingan Liga Malaysia musim depan. Kelab Pelita Jaya diperkuatkan 5 pemain import termasuklah penyerang sensasi negara, Safee Sali.

Rabu, Julai 06, 2011

Sejarah Tercipta Di Likas : Keputusan MSL 2011: Sabah 1 Kelantan 2









Dua gol jaringan penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha membantu Kelantan mencipta sejarah baru bolasepak negeri Kelantan apabila muncul juara Liga Super 2011. Sungguhpun Shahrul gagal memenangi anugerah kasut emas kerana pesaingnya Abdul Hadi Yahya menjaringkan empat gol untuk memintas Shahrul dengan kelebihan 1 gol. Hadi menjaringkan 20 gol manakala Shahrul 19 gol. Apapun tahniah kepada pasukan Kelantan yang membuktikan Kelantan adalah kuasa baru bolasepak Malaysia ketika ini.

Misi Kelantan Memburu Juara : MSL 2011: Sabah Lawan Kelantan



Kelantan berkunjung ke Kota Kinabalu untuk misi mencipta sejarah baru bolasepak Malaysia sebagai juara baru Liga Super 2011. Kelantan hanya perlu seri sahaja untuk bergelar juara. Sama-samalah kita berdoa agar pasukan Kelantan muncul juara. Insyallah trofi Liga Super akan menjejaki Kota Bharu.

Sabtu, Jun 18, 2011

Dialek Kelantan : Cakelat



Gula-gula dipanggil cakelat..begitu juga dengan coklat yang dipanggil cakelat. Bila mendengar kanak-kanak menyebut cakelat, sukar hendak dibezakan apa yang dimaksudkan, sama ada gula-gula atau coklat.

Jumaat, Jun 17, 2011

Malaysia Lawan Myanmar Di Kota Bharu



Stadium Sultan Muhammad Ke IV dipilih sebagai medan perlawanan persahabatan antarabangsa yang keempat skuad Malaysia pada tahun 2011. Malaysia akan bertemu Myanmar pada 18 Jun ini. Ini adalah julung kalinya perlawanan antarabangsa skuad Malaysia diadakan di luar Lembah Klang. Seharusnya warga Kelantan berbangga mendapat penghormatan ini. Stadium ini dipilih berikutan mutu padang yang terbaik di Malaysia ketika ini selain sambutan penonton yang ramai setiap kali pasukan Kelantan beraksi. Kepada peminat bolasepak Kelantan, apa kata kali ini kita memenuhi ruang stadium dengan warna kuning atau biru pula untuk memberikan sokongan kepada pemain Malaysia apatah lagi ramai pemain Kelantan yang terpilih menjalani latihan untuk skuad Malaysia pada kali ini.

Rabu, Jun 15, 2011

Enam Pemain Kelantan Dipanggil Sertai Skuad Malaysia



Enam pemain skuad Kelantan dipanggil menjalani latihan pasukan Malaysia untuk menghadapi Taiwan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Asia. Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, S. Chanthuru, Rizal Fahmi, Farisham Ismail dan Shakir Shaari dipanggil menjalani latihan bersama 22 orang lagi pemain untuk merebut slot 22 pemain yang akan membawa cabaran negara itu nanti. Ini merupakan panggilan pertama kepada Shakir Shaari untuk skuad senior negara. Tahniah.

Selasa, Jun 14, 2011

Keputusan MSL 2011: Kelantan 1 Perak 0







Jaringan tunggal pendahulu senarai penjaring terbanyak Liga Super 2011, Nor Shahrul Idlan Talaha sudah cukup untuk pasukan Kelantan mendominasi carta liga yang berbaki satu lagi perlawanan. Kelantan hanya memerlukan satu lagi mata dalam perlawanan terakhir bertemu pasukan Sabah pada 6 Julai nanti untuk mengesahkan kejuaraan liga menjadi milik pasukan Red Warrior ini. Tahniah kepada semua pemain Kelantan yang bermain dalam perlawanan ini yang bersungguh-sungguh untuk mencatat kemenangan meskipun keletihan dan kekecewaan gagal dalam perlawanan akhir Piala FA masih lagi terasa. Sesungguhnya anda semua wira rakyat Kelantan. Tahniah.

MSL 2011 : Kelantan Lawan Perak



Kelantan akan berhadapan dengan Perak dalam perlawanan ke 25 Liga Super musim ini. Kekecewaan tumpas pada perlawanan akhir Piala FA baru ini harus dilupakan pemain kerana kemenangan dalam perlawanan ini cukup penting tatkala pasukan Kelantan memburu satu lagi kemasyuran dalam dunia bolasepak iaitu dengan menjulang kejuaraan Liga Super buat julung kali.Ayuh pemain Kelantan, bangkitlah melawan demi maruah kita. Usah biarkan kejuaraan yang hamper menjadi milik kita ini terlepas lagi. Inilah Masanya. Selamat berjuang wiraku.