Khamis, Januari 24, 2013
Allahyarham Haji Ab Manan Bin Haji Yakub - Tokoh Kraf Negara
Adiguru Logam (2008)
Tokoh Kraf Negara Logam (2011)
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 10 Jun 1944
Salah seorang tokoh dalam pertukangan perak yang disegani ramai ialah Haji Abdul Manan bin haji Yakub dari Kampung Sireh di daerah Kota Bharu, Kelantan. Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1944 dan mewarisi kemahiran pertukangan perak dari keluarganya. Beliau mula bertukang perak pada usia 16 tahun. Haji Abdul Manan sentiasa mengasah kreativiti dengan menghasilkan reka bentuk dan reka corak mengikut kehendak semasa.
Beliau masih terus mengusahakan pembuatan barangan Perak dengan menggunakan tangan kerana permintaan terhadap produk ini masih tinggi.
Kemahiran beliau mendapat pengiktirafan dari pihak Istana Kelantan apabila beliau dilantik sebagai tukang Kraf istana pada tahun 1993. pada tahun 2008, Kraf tangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Tokoh Kraf Pertukangan Perak
Khamis, September 13, 2012
"Scoreboard" Baru Stadium Sultan Muhammad Ke 1V.
Scoreboard digital baru Stadium Sultan Muhammad Ke IV yang akan menggantikan Scoreboard lama dijangka akan siap menjelangnya suku akhir saingan Piala Malaysia musim 2012 pada penghujung September nanti.
Kos membina scoreboard digital ini dikatakan mencecah lebih Rm 2 Juta dan akan ditempatkan di bahagian penjuru stadium sultan muhammad ke iv.
Pelan Kedudukan scoreboard digital
Scoreboard lama
p/s: Foto Ruddy Farizal
Lebuh Raya Rakyat
Projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion bakal menjadi satu lagi kebanggaan kepada rakyat Kelantan. Menariknya pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat.
Majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, 28 Mei yang lalu.
Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Jumaat, Julai 20, 2012
Isnin, Ogos 08, 2011
Azamuddin Akil Taruhan Terbaru Kelantan
Kelantan berjaya mendapat khidmat penyerang muda Pahang , Azamuddin Akil untuk memperkukuhkan barisan serangan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia musim ini. Pemain yang diberi gelaran Alex ini dijangka akan bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha di barisan depan Kelantan untuk merobek gawang pasukan lawan nanti. Semoga kehadiran Alex ini dapat meringankan beban yang tergalas di bahu Norshahrul Idlan untuk menjaringkan gol. Selamat maju jaya kepada "Alex".
Sabtu, Ogos 06, 2011
Piala Malaysia 2011 : Kelantan Miliki Laluan Mudah
Juara bertahan Piala Malaysia 2010, Kelantan diundi berada dalam kumpulan C bersama dengan dua pasukan berstatus kelab iaitu Johor FC dan Felda United serta naib johan Liga Perdana 2011 Sarawak untuk saingan awal Piala Malaysia musim 2011. Keputusan undian ini memberikan laluan mudah untuk Kelantan melangkah ke suku akhir jika berdasarkan rekod pertemuan dalam Liga Super musim ini. Walaubagaimanapun pemain Kelantan tidak harus mengambil mudah kerana sudah pasti pasukan-pasukan ini mahu membalas kekalahan yang mereka alami dalam saingan liga.
Rabu, Julai 27, 2011
Kelantan Juara Piala Presiden 2011
Hujan rahmat melanda Kelantan yang terus menambah satu lagi koleksi trofi apabila menjuarai saingan akhir Piala Presiden selepas mengecewakan MP Muar 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Sultan Mohd Ke-IV di Kota Bharu, malam tadi.
Dalam saingan akhir yang bermula dengan rentak pantas dan rancak itu, tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Aris Zaidi seawal minit kesembilan tetapi MP Muar menyamakan kedudukan apabila Mohd Nor Hakim Hassan membolosi pertahanan Kelantan pada minit ke-21.
Gandingan penyerang Kelantan, Aris dan Mohd Farhan Yaakub beberapa kali mendapat peluang kembali di depan tetapi peluang terbaik Farhan pada minit ke-39 gagal menewaskan penjaga gol MP Muar, Mohd Khairul Izzuwan.
Bersambung babak kedua, kekentalan benteng pertahanan pelawat kerap dibolosi tetapi dalam keghairahan mencari peluang, Kelantan menerima padah apabila Mohd Zamri Ramli dilayangkan kad merah kerana mengasari kapten MP Muar, Mohd Fauzi Kadir.
Begitupun, saingan terus berlangsung sengit hingga pengadil M Tamilselvam melayangkan tiga lagi kad kuning sebelum tamat permainan masa sebenar.
Namun penyokong Kelantan bersorak riang apabila Mohd Khairul Izuan Rosli memastikan gol kemenangan sebaik empat minit permainan masa tambahan walaupun S Havivarman terlepas peluang untuk sekali lagi mengikat tuan rumah apabila cubaannya terkena palang.
Tahniah anak muda Kelantan.
Isnin, Julai 25, 2011
Final Piala Presiden : Kelantan Lawan MP Muar
Pasukan Piala Presiden Kelantan akan berentap dengan pasukan MP Muar untuk menentukan kejuaraan Piala Presiden 2011 dalam aksi yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke IV. Perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801. Kepada peminat bolasepak Kelantan, hadirlah beramai-ramai memenuhi tempat duduk stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan muda Kelantan ini. Insyaallah satu lagi piala bolasepak Malaysia akan berada di Kelantan bumi bertuah ini.
Selasa, Julai 19, 2011
Kota Bharu jadi pilihan FAM
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sekali lagi diberi penghormatan apabila dipilih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai gelanggang perlawanan akhir Kejohanan Piala Presiden pada 26 Julai ini.
Dua pasukan finalis, iaitu Kelantan dan Majlis Perbandaran (MP) Muar, Johor akan berentap memburu kejuaraan bagi merebut trofi kejuaraan dan wang tunai RM100,000, sementara naib juara bakal membawa pulang wang tunai RM50,000.
Kedua-dua pasukan layak ke perlawanan akhir musim ini setelah mengalahkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir.
Kelantan berjaya mengetepikan saingan PKNS Selangor menerusi kemenangan agregat 2-0 sementara MP Muar mengejutkan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah terikat agregat 3-3.
Pihak Kafa memutuskan harga tiket bagi tempat duduk teres berbumbung bagi perlawanan akhir ini ialah RM10 sementara tempat duduk terbuka RM5. Tiket-tiket perlawanan akan dijual pada hari perlawanan tersebut.
Jumaat, Julai 15, 2011
Festival Makanan Antarabangsa Chengho dan Galeri Tamadun Islam (KelCheff 2011)
Langgan:
Catatan (Atom)