Sabtu, Februari 27, 2010

Sekitar Majlis Pelancaran Tahun Bola Sepak Kelantan 2010


Kelab - Kelab penyokong


Kelab - Kelab Penyokong


Maskot


Pemain menandatangani bola yang akan diberikan kepada peminat yang bertuah


Pemain memberikan bola yang ditandatangani kepada peminat yang hadir


Indraputra mengetuai barisan pemain Kelantan menghadapi Kelab Padang FC


Kesebelasan pemain yang turun menghadapi Padang FC

P/S : Gambar dipetik daripada Faceboook saudara UseRun UseOff

Jumaat, Februari 26, 2010

Kerajaan Negeri minta RM500 juta



KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memohon peruntukkan RM500 juta dari Kerajaan Pusat bagi membina kompleks sukan, termasuk stadium di kawasan Bandar Baru Tunjung, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, kertas rangka cadangan peruntukan itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa kepada pihak Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Kementerian Kewangan, baru-baru ini.

Beliau berharap peruntukan yang besar itu dapat membangunkan bidang sukan negeri itu selaras dengan usaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mahu menjadikan 2010 sebagai Tahun Bola Sepak Kelantan (TBSK).

“Kita sudah memohon peruntukan RM500 juta daripada Kerajaan Pusat dan harap permohonan ini diluluskan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam

Abdul Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau mengakui Kerajaan Negeri setakat ini tidak memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada Kafa bagi membantu pasukan itu dalam memajukan bidang bola sepak di Kelantan.

Sebaliknya, kata beliau, Kerajaan Negeri lebih memberi tumpuan dalam bentuk sokongan moral dan mengurangkan bayaran levi kepada Perbadanan Stadium selain bayaran intensif lain kepada pemain bola sepak yang menaikkan nama serta mutu bola sepak Kelantan di bawah Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau juga mengumumkan, pasukan Red Warriors akan mengerjakan umrah ke tanah Suci Mekah pada minggu kedua Ogos depan sebagai memenuhi janji kerana pasukan itu layak ke separuh akhir Liga Perdana musim lalu.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga berharap kejohanan bola sepak Piala Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Piala Tok Guru) dapat dimasukkan dalam senarai aktiviti bola sepak sempena Tahun Bola Sepak Kelantan yang dikendalikan oleh Kafa.

Khamis, Februari 25, 2010

Kem PLKN Cancun Park



Pintu Masuk Utama


Kem PLKN Cancun Park merupakan salah satu daripada 4 kem PLKN yang terdapat di Kelantan. Kem ini terletak dalam daerah Pasir Mas.

Taman Etnobotani



Taman Etnobotani, Gua Musang dibangunkan sebagai pusat penyelidikan hutan dan rekreasi bertujuan bagi memelihara kepentingan hasil hutan dan produk yang berkaitan dengannya khususnya produk herba. Ia terletak berhampiran bandar Gua Musang iaitu di Jalan Gua Musang-K. Lipis dengan kawasan seluas 35 hektar.

Komponen utama Taman Etnobotani ialah taman herba, galleri herba, pusat inkubator (8 unit) untuk pengusaha IKS berasaskan herba,kemudahan aktiviti riadah, chalet, taman mini haiwan dan pelbagai kemudahan sokongan. Antara aktiviti yang disediakan untuk pengunjung ialah lawatan ke kawasan tanaman pelbagai jenis herba, mendaki bukit, perkhemahan, titian kanopi dan menikmati keindahan gua.



Pada masa kini sebahagian daripada kawasan Taman Etnobotani sedang digunakan untuk pusat latihan belia dibawah program Pusat Latihan Khidmat Negara. Isu utama yang dikenalpasti ialah taman ini kurang mendapat sambutan daripada penduduk tempatan, pengunjung dan pelancong.

Lokasi

Terletak kira-kira 3 km dari pusat bandar Gua Musang di Jalan Persekutuan Gua Musang – Kuala Lumpur. Dari bandar, melepasi Taman Wangi kira-kira 500 meter di hadapan akan menemui Taman Etnobotani.

Tarikan

Taman Etnobotani terkenal dengan tanaman herba dan pusat ternakan burung Kasawari dan rusa. Pelawat berpeluang melihat habitat spesis burung ini dan spesis Rusa Timor serta berpeluang mengetahui khasiat herba-herba untuk kesihatan.

Berlatarbelakangkan gua batu kapur dan persekitaran yang tenang, beberapa aktiviti rekreasi turut ditawarkan seperti rock climbing, berkhemah, penganjuran aktiviti-aktiviti khas seperti hari keluarga, kursus-kursus dan sebagainya.

Kemudahan-kemudahan asas dan kelengkapan aktiviti termasuk kemudahan penginapan turut disediakan dan sekarang ini Taman Etnobotani menjadi Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di samping dibuka untuk pelancong.

Buah Katak Puru


Buah nam-nam ini dipanggil buah katak puru. Bentuknya yang seakan-akan badan katak menyebabkan buah ini dipanggil katak puru. Bercerita tentang katak puru ini , penyanyi dikir barat Fendy menjadikan katak sebagai tajuk lagu dikir baratnya yang bertajuk "Crazy Frog"

Selasa, Februari 23, 2010

Nyor Kote



Kelapa tua dipanggil nyor kote.

Sabtu, Februari 20, 2010

Keputusan TM Piala FA 2010 : Kelantan 1-1 Kedah (P2)









Kedah mara agregat 1-1 hasil gol di tempat lawan. Kepada pasukan Kelantan, masih ada Piala Liga Super dan Piala Malaysia untuk ditandingi. Jangan berputus asa.

Jumaat, Februari 19, 2010

TM Piala FA 2010 : Kelantan Lawan Kedah (P2)



Mampukah Sang Kijang membaham Sang Kenari ? Saksikan Perlawanan hidup mati pasukan The Red Warrior dalam kempen TM Piala Fa 2010 di Stadium Sultan Mohd ke IV malam ini.

Rabu, Februari 17, 2010

Kad Nikah Pintar




Kad nikah pintar merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunapakai mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 6/2002.

Cara Memohon

Kad nikah boleh dipohon di :
Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan,
Kompleks Islam Darul Naim,
15200, Kota Baharu, Kelantan.


atau..
di mana-mana Pejamat Agama Jajahan Negeri Kelantan

Untuk keterangan lanjut
Rujuk lampiran di bawah :

Loghat Berkaitan Sembelihan Lembu

sembelih - jemelih









melapah daging - mmisoh daging

Tukang mahir hasilkan ukiran bermutu

KETAM guri, saga keneri, langka dan daun budi mungkin kedengaran asing pada anak muda masa kini. Nama berkenaan sebenarnya sinonim dengan kemahiran ukir logam yang menjadi cabang kesenian orang Melayu terkenal di Kelantan.

Bagi penggemar keris dan cincin, Ayah Su adalah antara pengukir logam tersohor yang sering menerima tempahan mengukir cincin, sarung dan pendokoh keris dari kerabat diraja serta peminat seni warisan Melayu di dalam dan luar Kelantan.


Halus hasil seni tangan Ayah Su.

Keistimewaan dimiliki tukang mahir yang berpengalaman mengukir logam sejak 20 tahun lalu itu adalah ketekunan di dalam pembuatan sehingga mampu membentuk motif ukiran yang sama terutama pada sarung keris.

Kata Ayah Su, kemahiran mengukir logam yang menjadi minatnya sejak sekian lama boleh dipelajari jika seseorang itu tekun dan sabar. Selain minat, kreativiti juga penting kerana menurut Ayah Su, setiap lorekan bunga dan daun tidak akan nampak ‘hidup’ jika dihasilkan tukang yang tidak berseni.

“Seni ukiran Melayu banyak menggunakan motif flora seperti daun dan pucuk yang menjalar seperti daun budi, daun pucuk paku atau Bakawali. Kerana itu, setiap tukang baru diwajibkan mengenal jenis daun dan belajar bertukang secara berterusan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan.

“Batu yang sering menghiasi cincin kebiasaannya dipilih pelanggan. Antara yang popular adalah batu akik, batu jarum, zamrud, delima dan ada juga menggunakan mata cincin dari kayu teras, kemuning, koka atau kenang,” katanya.

INFO: Ayah Su

- Untuk setiap tempahan ukiran cincin bermula pada harga RM50 hingga RM500 manakala tempahan ukiran sarung keris boleh mencecah RM12,000

- Ayah Su menjalankan perniagaannya di Arked Perbandaran Jalan Tengku, Semerak, Kota Bharu dan boleh dihubungi di 019-9443739.

Songket Che Minah Kampung Penambang





Kampung Penambang memang telah terkenal dengan industri tenunan kain songket sejak dahulu lagi. Bahkan pasaran kain songket Kelantan sepertimana pasaran kain songket Terengganu sudah terkenal di seluruh negara Malaysia, sehingga melampaui sempadan ke luar negara. Di kampung Penambang nama Hajjah Che Minah Songket adalah nama yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi tentan kehalusan dan kesenian tenunannya yang memang indah hasil buatan keluarganya. Hajjah Che Minah Songket turut membina galeri songketnya sendiri untuk memudahkan pelanggannya melihat sendiri koleksi kain songketnya dan selepas itu bolehlah membuat pilihan yang terbaik sebelum membelinya.

Songket Kelantan masih popular


AHMED KAMEL menunjukkan antara songket dan kain tenun yang dijual di Galeri Cik Minah Songket, Kota Bharu baru-baru ini. __________________________________________________
KOTA BHARU - Lambakan fabrik moden dalam pasaran tempatan tidak menjejaskan perniagaan songket di negara ini malah kesenian fabrik tradisional itu terus diminati dan mendapat sambutan tinggi.

Perusahaan songket di Kelantan juga berkembang dengan gaya tersendiri berikutan permintaan terhadap fabrik tradisional tersebut yang sering dikaitkan dengan golongan pembesar dan bangsawan.

Pengurus syarikat pengeluar songket dan kain tenun, Che Minah Songket, Ahmed Kamel Huseein berkata, beliau berbangga apabila generasi muda masih berminat untuk memperagakan fabrik tradisional itu pada majlis-majlis rasmi dan keraian.

Menurutnya, syarikatnya berjaya memasarkan lebih 2,000 helai songket dan 30,000 helai kain tenun sepanjang tahun lalu.

Selasa, Februari 16, 2010

Keputusan TM Piala FA 2010 : Kedah 0-0 Kelantan (P2)



Pemain Kelantan masih lagi gagal memecahkan kebuntuan jaringan gol di tempat lawan yang pada masa sama masih lagi mengekalkan rekod tanpa bolos seri 0-0 di tempat lawan. Sebelum ini dalam saingan liga Super Kelantan mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika bertandang ke Terengganu, Perlis dan Perak. Sesuatu harus dilakukan oleh barisan penggempur Kelantan ketika barisan pertahanan meneruskan aksi cemerlang mengawal benteng. Bagaimanapun keputusan seri ini memberi Kelantan sedikit kelebihan apabila melayan kunjungan sang Kenari di Kota Baharu Sabtu ini. Walau bagaimanapun harus diingat Kelantan tewas buat pertama kali di laman sendiri tahun ini dengan pasukan Kedah juga.

Barangan Red Warriors


Jersi







PENYOKONG Red Warriors sekitar Lembah Klang berpeluang mendapatkan jersi pasukan kesayangan mereka apabila kedai terbesarnya akan dibuka tidak berapa lama lagi.
Pengurus Permasaran KL Dagang Sdn Bhd, Wan Zariman Wan Daud, berkata selain jersi, pihaknya turut mengeluarkan barangan lain dari beg galas, mafla, topi hinggalah kepada barangan cenderahati kecil lain.

“Setakat ini kita sudah ada 25 barangan dan bercadangan untuk mengeluarkan 70 barangan lain Red Warriors dari serendah RM2 hinggalah berharga RM75,” katanya.

Kl Dagang Sdn Bhd yang dilantik Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (Kafa) adalah pengedar tunggal barangan sukan Red Warriors Lembah Klang dan negeri-negeri pantai barat.

Beliau yakin produk The Red Warriors bakal mendapat sambutan hangat berdasarkan hampir 60 peratus anak Kelantan menetap di luar Kelantan, terutama Lembah Klang.

“Malah peminat boleh mendapatkan 25 barangan ini di HTO de Futsal, Subang Jaya mulai sekarang,” katanya.

Beliau seterusnya membuka ruang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen barangan The Red Warriors dengan menghubunginya di talian 019-3219797.

“Setakat ini kami mempunyai enam ejen berdaftar di Kuala Lumpur, manakala 66 lagi seluruh negara.

Mengenai kedai pula, Wan Zariman berkata lokasinya telah dikenal pasti dan pembukaannya akan dirasmikan presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.

Roti Canai Red Warrior

SEORANG peniaga roti canai yang juga peminat pasukan Kelantan, Mohd. Ramli Abdul Rahman, 41, menjual roti canai Red Warriors di gerai makannya di pekarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu.

Gerai makan Mohd. Ramli yang mesra dengan panggilan 'Abang Ya' popular dengan roti canai cotek dan roti tisu.

Sebagai tanda sokongan kepada pasukan kesayangannya itu, Mohd. Ramli menjual roti canai cotek dan roti tisu berwarna merah untuk dinikmati pelanggannya.

"Saya menggunakan pewarna sirap untuk menjadikan tepung gadung yang diadun untuk membuat roti canai berwana merah," katanya ketika ditemui semalam.

Malah beliau juga memakai jersi The Red Warriors ketika menyediakan roti canai tersebut manakala isterinya, Norizan Abd. Rahman, 38, yang membantunya berniaga juga memakai berwarna merah.

Mohd. Ramli yang telah berniaga di pekarangan stadium itu berkata, harga roti canai 'Red Warriors' sama dengan roti canai biasa.

Katanya, roti canai cotek dijual dengan harga 1.50 sekeping manakala roti tisu pula pada harga RM1.

KOSMO 16/2/2010

Khamis, Februari 11, 2010

Syarikat Muda Osman



Terdapat beberapa kedai buku tersohor di Kelantan milik bumiputera. Antaranya ialah Syarikat Muda Osman.

Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd. (SMO) telah dipelopori oleh Allahyarham Haji Muda Osman pada awal tahun 1939. Bermula dengan perniagaan runcit, borong dan pengedaran pelbagai jenis buku dan alat tulis, Syarikat Muda Osman telah meceburi bidang pengedaran dan pemasaran rokok di sekitar daerah Pasir Mas.


Cawangan Pasir Puteh

Seterusnya Haji Muda Osman telah mengembangkan sayap perniagaan beliau ke Kota Bharu yang mana pada masa yang sama perniagaan ini telah dititihkan kepada anak-anak beliau iaitu Haji Hassan, Haji Othman dan Haji Yusoff. Di bawah pengurusan dan pentadbiran mereka, Syarikat Muda Osman telah berkembang menjadi salah sebuah syarikat bumiputera yang berjaya dan dikenali ramai serta diiktiraf keupayaannya dari aspek kewangan dan kredibiliti.

Sejajar dengan perkembangan pesat perniagaan, Syarikat Muda Osman telah diperbadankan pada 25 Ogos 1987. Peningkatan taraf perniagaan ini bertujuan untuk mengiktiraf ahli-ahli keluarga yang berkelayakan profesional dalam mentadbirkan perniagaan dan seterusnya menerajui pengurusan syarikat dalam perniagaan buku dan rokok.


Cawangan Buluh Kubu K.Bharu

SMO telah diiktiraf sebagai pengedar tunggal Dawama Sdn. Bhd. untuk buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh negeri Kelantan di samping beberapa penerbit yang tidak asing lagi di kalangan pembaca antaranya Sasbadi, Pelangi, Oxford Fajar, MPH, Pearson, Utusan Publications dan lain-lain. SMO juga merupakan pembekal utama buku-buku teks pelajaran ke sekolah sekolah serta institusi-institusi pengajian tinggi di negeri Kelantan. Di samping itu juga SMO merupakan penaja kepada beberapa Pesta Buku Kelantan, satu acara tahunan anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan (PUSTAKA) bagi mempromosikan buku-buku disamping menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah serta kanak kanak di pelbagai peringkat usia.

Pada bulan November 1999, lanjutan dari penggabungan syarikat induk Malaysian Tobacco Company Berhad dengan Rothman International Berhad, SMO telah membuat keputusan untuk menarik diri dari bidang pengedaran rokok. Secara strategik SMO telah membuat keputusan untuk mengembangkan lagi perniagaan buku dan alat tulis dengan membuka cawangan-cawangan di sekitar negeri Kelantan dan Terengganu.


Cawangan Rantau Panjang

Sehingga ke hari ini, SMO telah mempunyai rangkaian kedai buku dan alat tulis di sekitar negeri Kelantan iaitu di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Rantau Panjang dan termasuk satu cawangan di Jerteh, Terengganu.

Taman Rekreasi Tengku Anis



Taman Rekreasi Tengku Anis seluas empat ekar terletak di Kilometer 10 Jalanraya Pasir Mas – Rantau Panjang. Taman ini telah dirasmikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 27 Jun 2000 bersamaan 24 Rabiulawal 1421H.

Idea penubuhan Taman Rekreasi Tengku Anis telah dicetuskan sendiri oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan dan DYMM Raja Perempuan Kelantan. Pembinaan peringkat awal taman ini dilakukan secara gotong – royong antara Majlis-Majlis Daerah seluruh negeri Kelantan dan juga agensi-agensi di peringkat Negeri dan Persekutuan, manakala penjagaan dan pengurusan taman ini selepas itu telah diserahkan kepada Majlis Daerah Pasir Mas.



Taman Rekreasi Tengku Anis juga menyediakan beberapa kemudahan kepada pengunjung-pengunjung seperti surau, tandas, trek untuk berjoging, wakaf dan kerusi rehat serta taman permainan kanak-kanak. Berhampiran dengan taman tersebut juga terdapat beberapa buah kedai dan gerai menyediakan berbagai jenis masakan ala Thai khusus untuk pengunjung menjamu selera.

Selasa, Februari 09, 2010

Stadium baru jadi kenyataan



HASRAT peminat bola sepak Kelantan menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di stadium baru mungkin akan menjadi kenyataan.

Ini kerana kerajaan negeri telah bersetuju menyediakan tapak pembinaan bagi kompleks sukan termasuk sebuah stadium.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood berkata, mesyuarat Perbadanan Stadium sebelum ini turut memutuskan untuk mengekalkan Stadium Sultan Muhammed IV yang berusia lebih 40 tahun itu.

Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju menyediakan tanah seluas 16 hektar di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu sebagai lokasi pembinaan kompleks sukan tersebut.

Pada masa yang sama katanya, kerajaan negeri juga memohon sebanyak RM500 juta daripada Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi membina kompleks sukan yang dicadangkan itu.

"Kita memilih untuk mendirikan stadium baru ini atas sebuah tapak baru kerana berpendapat stadium yang sedia ada mempunyai nilai sentimental serta sejarah yang tersendiri.

"Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa sebuah stadium baru sangat diperlukan untuk pelbagai program termasuk bola sepak, cuma ketika ini kita berdepan masalah kekangan kewangan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memohon Kerajaan Pusat membina sebuah stadium bola sepak berharga RM100 juta di Kelantan bagi memberi keselesaan kepada penonton menyaksi- kan perlawanan bola sepak.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, stadium bola sepak baru yang dicadangkan itu dapat menampung kira-kira 30,000 penonton berbanding Stadium Sultan Muhammed IV yang hanya boleh menampung 15,000 penonton sahaja.

STADIUM Sultan Muhammed IV yang hanya mampu menampung 15,000 penonton.

Abdul Fatah berkata, kerajaan negeri begitu berbesar hati sekiranya pihak-pihak berkenaan bersedia untuk menyumbang dari segi dana bagi pembinaan stadium baru tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, sehingga kini belum ada perbincangan khusus antara kerajaan negeri dan KAFA mengenai perancangan tersebut.

"Sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan seketika isu-isu tertentu semata-mata untuk menumpukan perhatian terhadap pembangunan sukan serta bola sepak tempatan.

"Kerajaan negeri memandang serius dan positif mengenai perkara ini dan ia seharusnya mampu direalisasikan untuk kepentingan golongan belia di negeri ini," ujarnya.

Katanya, beliau bersama Timbalan Menteri Besar yang merupakan Pengerusi Perbadanan Stadium sebelum ini telah melakukan lawatan ke Korea Selatan untuk melihat sendiri stadium serta prasarana sukan yang dimiliki negara tersebut.

Abdul Fatah turut melahirkan harapan untuk menjadikan program pembangunan sukan di Kelantan setanding dengan negeri- negeri lain.

"Sukan hari ini bukan lagi sekadar hobi atau minat tetapi ia mampu dijadikan satu kerjaya yang baik dan mendatangkan pulangan lumayan kepada para atlet dan ahli sukan," tambahnya.

Taman Tema Air Mini





Di kelantan terdapat juga taman tema air mini yang terletak dalam daerah Tumpat. Walaupun taman tema air ini tidak sehebat taman tema air di negeri lain seperti Taman Wet World Shah Alam atau Bukit Merah Lake Town Resort, namun sekurang-kurangnya dapat juga ibu bapa membawa anak-anak untuk aktiviti riadah air. Taman tema air mini ini dikhususkan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja.Di setiap hari mengikut waktu yang tertera :
* Jumaat - Sabtu jam 8.00 am hingga 7.00 pm
* Ahad - Khamis jam 5.00 pm hingga 7.00 pm

Bayaran masuk adalah percuma bagi penginap chalet manakala RM 2.00 / jam bagi yang tidak menginap di chalet.

Isnin, Februari 08, 2010

KAFA Hidupkan Bola Sepak Kelantan

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood melahirkan rasa bangga dengan tindakan dan gerak kerja yang dibuat Kafa di bawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa dalam menjayakan pasukan Kelantan.

Beliau berkata, sebagai Exco sukan, apa yang dilakukan Kafa sekarang dalam usaha menaikkan nama pasukan ‘The Red Warriors’ dan semangat penyokong adalah dipersetujui olehnya.


“Seperti mana yang telah saya lakukan dalam tahun 2005 lagi di mana pada masa itu Kafa tidak ada keupayaan untuk mengadakan bola di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jadi saya memilih untuk mengadakan Liga DUN dan ini semua adalah untuk memulihkan semangat penyokong bola sepak negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Jatidiri dan Sukarelawan Remaja di Kolej Teknologi Darul Naim di sini.

Abdul Fattah berkata, sekarang di bawah Annuar beliau berharap pasukan Kelantan dapat membawa balik piala-piala yang diidam-idamkan daripada dahulu sehingga sekarang.

Beliau berkata, bagi di pihak Kerajaan Negeri mereka sentiasa memberikan sokongan dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan Kafa.

“Cuma sebelum ini Kafa tidak datang kepada kita dan melantik wakil daripada Kerajaan Negeri untuk menjadi ahli Kafa.

“Tetapi sekarang ini kami ada dengar yang pihak mereka akan melantik seorang wakil daripada Kerajaan Negeri untuk berada dalam Kafa,” katanya.

Istana Bukit Tanah



Istana Bukit Tanah merupakan salah satu istana yang terdapat di Negeri Kelantan dan merupakan satu-satunya istana yang terdapat di dalam Jajahan Tumpat. Difahamkan istana ini dibina sebelum zaman pemerintahan Jepun lagi iaitu sekitar tahun 1910 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad ke-4.



Pada amnya tapak istana ini agak rendah dan dipercayai telah ditimbun dengan tanah supaya kelihatan lebih tinggi. Pemandangkan kedudukan yang tinggi seolah-olah sebuah bukit, maka istana ini telah terkenal dengan jolokan Istana Bukit Tanah. Keluasan tapak istana ini hampir mencecah 3 ekar dan kawasannya dikelilingi oleh pokok-pokok besar yang mana ada di antara pokok-pokok tersebut telah mencecah usia lebih dari 30 tahun.



Dahulunya Istana Bukit Tanah terkenal dengan kewujudan sebatang pokok iaitu Pokok Kelumpang. Pokok ini dikatakan tersangat tinggi sehingga boleh dilihat dari pesisiran pantai Laut Cina Selatan. Walau bagaimanapun, pokok ini telah tumbang dimakan usia.

Seramik Mambong



Kelantan adalah salah sebuah negeri utama yang menjalankan perusahaan seramik.
Kampung Mambong yang terletak diseberang Sungai Galas di daerah Kuala Krai merupakan sebuah perkampungan kecil yang menjalankan perusahaan seramik.Kampung ini yang juga dikenali sebagai tempat “Seramik Mambong” memakan masa selama 45 minit dari tangga krai untuk ke sana dengan menaiki bot serta tambangnya amat berpatutan. Perusahaan yang diasaskan oleh Tuk Bare dan diusahakan oleh Cikgu Li adalah merupakan perusahaan turun temurun.Antara Jenis-jenis seramik yang telah dihasilkan adalah pasu hiasan , buyung,belanga dan lain-lain lagi.Perusahaan ini telah diubahsuai pada tahun 1990 dan kekal sehingga sekarang.