Khamis, Mac 31, 2011
Woh Gomok
Kuih tepung gomok atau juga dieja sebagai buah gomok, atau woh gomok atau juga dikenali sebagai Kuih buah beluru merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan berbentuk bulat getel dengan inti kelapa manis. Di bahagian luar tepung gomok dilumur dengan tepung pulut / tepung kacang hijau untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri.
Kuih tepung gomok ini popular di Kelantan dan ada terdapat dijual secara meluas secara harian. Ia amat lazat, mudah dihasilkan dan harganya juga berpatutan.
Nama gomak kurang pasti bagaimana ia dinamakan sebegitu. Kemungkinannya sempena bentuk kuih yang bulat gemuk.
Ia tepat sekali, buoh gomok (kelantanese) nama diberi kerana bentuk nya yang bulat gemuk bersalut debu tepung gandum putih berintikan kelapa
Kuih tepung gomok ini adalah popular diseluruh Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di mana-mana sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal
Kuih tepung gomok kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis. Tepung pulut yang digunakan bagi menyalut bahagian luarnya juga melekit pada jari orang yang memakannya, dan mudah lerai menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.
Kupik Hangit
SATU pagi di pejabat sebuah syarikat ....
Din: Staf semua tengah buat collection ni, bagilah sikit.
Lan: Collection? Siapa meninggal?
Din: Sara ….
Lan: Sara?? ... Sara Ismail, budak comel yang jaga sistem IT tu ke? Isy! ... macam tak percaya pulak, baru dua tiga hari lepas aku jumpa dia … dia tolong tengok komputer aku yang buat hal. Innalillah … sakit apa? Bila simpan??
Din: Innalillah?? Eh! Siapa pulak yang meninggal dunia? Aku tak tau pun!!
Lan: Siapa pulak lagi ... Sara lah!! Kan ke kau yang buat collection?!
Din: Bila pulak aku ada cakap dia meninggal dunia?!
Lan: Yang kau buat collection ni untuk apa?
Din: Bukan meninggal dunia ….
Lan: Bukan? Bukan mati le yek?! Boleh pulak mati ni jadi tak jadi?! Isy!! Pelik betul, tadi mula-mula kata mati, sekarang dah tak jadi mati pulak.
Din: He he he ....
Lan: Eh! Ketawa pulak dia … ni perkara serius tau! Perkara hidup mati ni bukan boleh buat main-main!!
Din: Bukan meninggal dunia, tapi meninggalkan kita kat sini ... dia berhenti, … berhenti kerja!!
Lan: Berhenti?! Laa …. Siapalah pulak nanti nak tolong kita bila komputer dan sistem buat hal, dia ni senang berkira, tak banyak songeh. Dia nak kawin ke? Siapalah lelaki bertuah yang dapat dia tu?! Dah le comel, lawa, baik pulak tu … hmmm.
Din: Dia dapat kerja lain … bukan kahwin!!
Lan: Oooo … apat kerja lain. Alhamdulillah … ada lagi peluang aku, hehehhe .…
Din: Dapat kerja kerajaan, untung le di …. Dapat tetap, ada pencen!
Lan: Tu la …. Bos kita ni kupik hangik!!
Din: Eh! Lan …. Mana kau tau kopik dia hangit? Kau pernah cium ke? Kau ada skandal dengan dia yek?
Lan: Eh! Kau jangan tuduh aku yang bukan-bukan … kang biru biji mata tu aku kerjakan!!
Din: Kau yang kata kopik dia hangit……kalau kau tak pernah cium, macam mana kau tau?
Lan: Bukan kopiklah!! Kau ni mencarut aje yang kau tau! Aku kata kupik hangik!
Din: Kupik hangik? Apa tu? Bukan bau kopik ke?
Lan: Orang kampung aku kata kupik hangit … orang macam bos kita ni la, kedekut ya amat!
Din: hahaha .... Orang kedekut ke? Laa … apa tak cakap dari awal. Aku ingatkan bos kita tu kekasih gelap kau tadi. Hehehe ….
Lan: Dia ni memang kupik hangit, tu pasal ramai pekerja tak boleh lama kerja sini, gaji dah le kecil, overtime tak ada … perubatan pun tak ada!! Aku pun kalau dapat peluang lain … memang cabut punya!
Din: Masa aku minta sumbangan untuk jamuan perpisahan Sara ni kat dia tadi … kau tau berapa dia bagi?!
Lan: Kau tak bagi tau ... macam mana aku nak tau!
Din: Dia boleh dengan selambanya bagi sepuluh hengget je!! Macam tak percaya aku ….
Lan: Sepuluh hengget? Hahahaha …. Memang sesuailah kita panggil kupik hangik! Hehehhe ….
Din: Eh! Kau ni pulak macam mana?
Lan: Apa yang macam mana?
Din: Buat-buat tak tau pulak … sumbanganlah, nak buat jamuan perpisahan nih! Bagilah sikit … boleh buat makan-makan sikit dan beli hadiah untuk dia.
Lan: Nah ….
Din: Haik!! Sepuluh hengget je??
Lan: Itu yang ada … hujung bulan!!
Din: Huh!! Kupik hangik jugok!!
Glosari
Kupik hangik (dialek Kelantan) - kedekut, sangat kedekut
Kopik (dialek Perak) - buah dada
Hengget (slanga) - ringgit
Woh Kekoh Caa
ZANA terkejut melihat rakan serumahnya, Lia sedang membancuh tepung di dapur rumah sewa mereka ….
Zana: Eh! Buat apa tu?
Lia: Bancuh tepung laa …. buat apa lagi, kau boleh tengok sendiri kan?!
Zana: Aku nampaklah kau bancuh tepung, tu yang aku jadi musykil ….
Lia: Musykil apa pulak? Tak pernah tengok orang bancuh tepung ke?
Zana: Ya laa …. Tak pernah aku tengok kau buat kerja macam ni, goreng telur pun malas ni kan pulak nak buat penganan. Apa mimpi tiba-tiba macam ni??
Lia: Teringin nak makan ….
Zana: Alaa .... Setakat nak makan, beli aje … berlambak jualkan depan tu, kalau kat pasar malam lagi banyak. Eh! Sebenarnya kau nak buat kuih apa ni?
Lia: Woh kekoh caa ....
Zana: Woh? .... woh apa dia?!
Lia : Woh kekoh caa! Ada jual, tapi tak sama dengan yang buat sendiri!
Zana: Ooo ... tak pernah dengar pulak. Boleh aku tolong sambil belajar sekali?
Lia: Memang nak minta kau tolong pun … ha! Apa tercegat aje lagi tu, tolong blender daun pandan tu .…
Zana: Blender??
Lia: Haa .... Lepas tu kau tapis ambil airnya.
Zana: Tepung apa kau pakai ni? Lain macam aje rupanya ….
Lia: Tepung pulut … kau tak pernah tengok ke?
Zana: Dah! Dah siap blender … nah! Ni air daun pandan. Nak buat apa air daun pandan ni?
Lia: Aku nak bancuh dengan tepung ni, bagi wangi dan tepung jadi warna hijau. Tak perlu le pakai pewarna tiruan! Jaga kesihatan ….
Zana: Aku kena buat apa lagi ni?
Lia: Gi ambik nisse kabung atas meja tu, kau potong-potong sebesar hujung jari.
Zana: Nisse kabung? Apa benda pulak tu? Peliklah kuih yang kau nak masak ni … dahlah namanya pelik, bahannya pun pelik jugak, tak pernah dengar! Yang mana satu ni?
Lia: Tuu … depan mata kau tu! Tak Nampak ke? Kalaulah ular, lama dah kena patuk!!
Zana: Ni?
Lia: Ha laa ….
Zana: Ni gula kabung!
Lia: Samalah tu … orang kampung aku panggil nisse .…
Zana: Hah! Cakaplah dari tadi … eh! bila dah potong-potong ni nak buat apa pulak??
Lia: Nisse tu nanti kita salut dengan tepung ni dan golek-golek jadi bulat kemudian rebus. Bila dah masak, gaul dengan kelapa parut.
Zana: Sama macam buah Melaka le yek?
Lia: Buah Melaka?
Zana: Haa … onde-onde?!
Lia: Ya lah! Onde-onde le tu ….
Zana: Laa ... apasal tak cakap dari awal, kalau setakat onde-onde tu aku tau le nak buat. Dah biasa tolong mak aku buat kat kampung.
Lia: Kan aku dah cakap tadi!
Zana: Kau bukan cakap onde-onde, kau cakap woh … woh ... woh apa tah! Aku pun tak tau nak sebut!
Lia: He he he … woh kekoh caa! Itu orang kampung aku panggil, orang sini panggil buah Melaka, ada yang panggil onde-onde.
Zana: Macam mana pulak boleh panggil nama tu?
Lia: Kau biasa makan tak? Kalau kau makan masa panas-panas, masa kita gigit tu ... kita akan terasa gula kabung tu cair dalam mulut! Kalau gula kabung yang mutu tinggi, dia tak cair masa dimasak tapi cair dalam mulut masa kita gigit. Itu di woh kekoh caa …. Buah gigit cair!!
Zana: Kekoh tu gigit le yek?
Lia: Ha laa …. Kalau nak makan puas, kena buat sendiri, kita boleh guna gula kabung yang original dan makan masa panas-panas. Yang jual tu, gulanya bukan gula kabung tapi gula merah, masa masak tu dah cair dan warna hijau tu pulak pewarna tiruan. Yang pentingnya … masak sendiri kita boleh makan masa tengah panas-panas!
Zana: He he he … pandailah kau!
Lia: Kau tu Zana …. Kena belajar sikit-sikit cakap Kelantan ni, bofren kau tu orang Kelantan, nanti senang nak sembang dengan mentua! Hehehe ….
GLOSARI
Woh kekoh caa (Kelantan) - onde-onde, kuih buah Melaka

Selasa, Mac 22, 2011
4 Pemain Kelantan Tersenarai Latihan Pusat Pasukan Malaysia Kali Ke 2 2011
Prestasi pasukan Kelantan yang semakin memuncak membolehkan 4 pemain Kelantan terpilih menjalani latihan pasukan bola sepak Malaysia siri kedua tahun 2011. Ini merupakan panggilan kedua untuk Khairul Fahmi,Nor Shahrul Idlan dan S.Chanthuru manakala kali pertama bagi Rizal Fahmi Rosid. Semoga mereka menggunakan kesempatan menjalani latihan bersama skuad kebangsaan untuk menyakinkan jurulatih bola sepak Malaysia,K.Rajagopal bagi merebut tempat dalam skuad utama negara. Tahniah kepada mereka yang terpilih
Ahad, Mac 20, 2011
Keputusan Piala FA 2011( Suku Akhir Ke 2 ) : Felda United FC 0 - 3 Kelantan
3 gol jaringan S.Chanthuru,Nurul Azwan Roya dan Nizad Ayub memastikan kemaraan Kelantan ke separuh akhir. Kelantan mara dengan agregat 5-2 setelah seri 2-2 dalam perlawanan yang pertama. Di separuh akhir nanti Kelantan akan berhadapan dengan Selangor. Peluang bagi Kelantan untuk menebus kekalahan di tangan Selangor pada final Piala FA 2009. Tahniah kepada pemain Kelantan yang bersungguh-sungguh untuk menewaskan Felda United.
Sabtu, Mac 19, 2011
Piala FA 2011 ( Suku Akhir 2 ): Felda United Lawan Kelantan
Felda United akan bertindak sebagai tuan rumah dalam perlawanan ini sekalipun beraksi di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Stadium Cheras masih lagi tidak boleh digunakan ekoran masalah padang menyebabkan perlawanan ini diadakan di Kota Bharu. Inilah masanya Kelantan menggunakan kelebihan sokongan padu penyokong setianya untuk membenam cabaran Felda United di suku akhir. Buat pemain Kelantan, berusahalah bersungguh-sungguh untuk menewaskan pasukan lawan. Insyaallah kejayaan bakal mengiringi anda semua.
Rabu, Mac 16, 2011
Keputusan Piala FA 2011( Suku Akhir Ke 1 ) : Kelantan 2 - 2 Felda United
Tugas berat menanti Kelantan kerana Felda United berjaya mengikat Kelantan dengan keputusan 2-2. Felda membawa bekalan 2 gol yang mana Kelantan perlu menang ke atas Felda dalam perlawanan kedua untuk mara. Jika seri sekalipun, Kelantan perlu menjaringkan lebih daripada 3 gol untuk mara. Gol kelantan dijaringkan oleh kapten, Badhri Radzi dan Nor Shahrul Idlan Talaha. Ayuh pemain Kelantan, ada 90 minit lagi pada perlawanan kedua untuk memastikan impian beraksi di pentas final buat kali kedua tidak terencat setakat pusingan suku akhir ini sahaja.
Isnin, Mac 14, 2011
Piala FA 2011 ( Suku Akhir 1 ): Kelantan Lawan Felda United
Perlawanan ini dijangka sengit kerana menemukan 2 pasukan teratas liga super dimana Kelantan akan menjadi tuan rumah dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2011. Kemenangan yang menyakinkan perlu untuk Kelantan meneruskan kemaraan untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod 2009 dimana mara ke perlawanan akhir. Marilah penyokong beramai-ramai memenuhi tempat duduk stadium untuk memberi sokongan padu kepada barisan The Red Warrior.
Keputusan MSL 2011 : Pahang 2 Kelantan 0
Pahang akhirnya berjaya memusnahkan rekod tanpa kalah Kelantan dalam saingan liga musim ini dan juga rekod tidak kalah di tempat lawan sepanjang tahun 2010 hingga kini. Diharap kekalahan ini tidak mematahkan semangat pemain Kelantan untuk terus mencipta sesuatu yang membanggakan selepas ini kerana kedudukan Kelantan ditangga teratas masih belum terusik biarpun pasukan Felda United dan Selangor telah berjaya menyamakan kedudukan mata dengan Kelantan. Kelebihan gol memihak kepada Kelantan untuk menerajui liga sehingga perlawanan ketujuh.
Jumaat, Mac 11, 2011
MSL 2011 : Pahang Lawan Kelantan
Selasa, Mac 08, 2011
3 Wakil Kelantan Di Kelayakan Olimpik 2012 : Pakistan Lawan Malaysia
Khairul Fahmi Che Mat dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria sekali lagi menjadi sandaran utama jurulatih Skuad Harimau Muda untuk menghadapi Pakistan pada pertemuan kedua di Lahore sesudah pasukan negara menewaskan Pakistan 2-0 dalam perlawanan terdahulu di Shah Alam. Syahrul Azwari Ibrahim yang diketepikan dalam perlawanan pertama ekoran kecederaan, dipanggil semula untuk menguatkan barisan hadapan Malaysia. Walaubagaimanapun seorang lagi pemain kelahiran Kelantan yang disenaraikan pada perlawanan pertama iaitu, Ferris Danial Mat Nasir tidak tersenarai kali ini.
Sabtu, Mac 05, 2011
Akademi Bola Sepak Army
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil langkah kehadapan dengan menubuhkan Akademi Red Warriors Al-Hambra (Army) dalam usaha melahirkan lebih ramaibakat baru sukan bola sepak di negeri ini.
Akademi tersebut akan diuruskan oleh bekas ketua jurulatih Red Warriors musim lalu, B. Sathianathan, yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Sathianathan ditugaskan membentuk kerangka bagi mewujudkan akademi bola sepak yang baik.Beliau akan merangka satu manual kurikulum kepada akademi tersebut.
Manual tersebut akan dicetak dan dibukukan untuk diagihkan kepada semua jurulatih. Jurulatih akan mengikut kurikulum seperti ditetapkan oleh pihak akademi.
Akademi Army ini diwujudkan di enam pusat latihan yang terletak di Tumpat-Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok, Machang-Kuala Krai dan dua di Kota Bharu.
Kesemua peserta akan dikenakan syarat-syarat kemasukan tertentu dan mesti mematuhi kriteria-kriteria serta undang-undang yang akan ditetapkan.
Selepas sesi latihan dijalankan, pihak Army akan membentuk 12 pasukan iaitu enam di peringkat umur 12 dan 13, manakala enam lagi di peringkat 15 dan 16 tahun. Setiap pasukan akan didedahkan kepada perlawanan sebenar sesama pasukan sebagai ujian dalam pertandingan kompetitif.

Wakaf Wali Mie Purba
Jika berkunjung ke Laman Siti Khadijah, jangan lepaskan peluang melihat keunikan pelbagai barangan antik, senjata tajam lama, batu permata dan benda-benda pelik lain yang dijual di sebuah gerai dikenali Wakaf Wali Mie Purba.
Antara barangan yang dijual di Wakaf Wali berhampiran Bazar Buluh Kubu itu adalah cekati berkepala ayam, seterika arang berkepala ayam, cupak beras tembaga, kendi tembaga, tapak sireh, bekas hantaran tembaga, keris lama, badik, lembing, batu alimi, batu ara dan pelbagai batu permata.
Selain itu, antara benda pelik yang ada dan menjadikan pengunjung teruja adalah mayang kelapa bersisik dan berkepala ular, kayu penunduk tikam kayu, suluh bertan tikam batu, buluh berpulas bercabang dua, kepah kelapa bercabang dua dan rotan songsang di mana buku ruasnya terbalik ke bawah.
Wakaf Wali Mie Purba itu dikendalikan oleh Yusoff Mohamed, 43, berasal dari Kampung Bunut Susu, Pasir Mas dan tiga rakannya sejak tujuh tahun lalu yang membeli dan menjual barangan antik.
Karnival Volkswagen terbesar Pantai Timur April ini
Kelab Volkswagen Klasik Kelantan akan menganjurkan Karnival Kereta Volkswagen dan Kereta Klasik yang disifatkan terbesar di Pantai Timur pada 1 April ini.
Pengerusi kelab itu, Ahamad Jusoh berkata, karnival selama dua hari itu akan berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV di sini.
Beliau berkata, sebanyak 100 buah kenderaan jenama Volkswagen pelbagai bentuk dijangka menyertai karnival tersebut.
"Karnival itu dijangka turut menarik penyertaan pemilik kereta Volkswagen dari Brunei, Singapura dan Thailand.
"Kelab Kereta Klasik dari Thailand telah bersetuju untuk membawa kira-kira 40 buah Volkswagen klasik termasuk jenis limousin pada karnival tersebut," katanya sempena pelancaran kain rentang karnival itu di kawasan Istana Balai Besar di sini semalam.
Ahamad berkata, sekiranya mendapat penyertaan lebih 400 buah kenderaan, pihaknya bercadang menyenaraikan karnival tersebut dalam Malaysia Book of Records.
Beliau berkata, sebelum ini, ahli-ahli kelab sering menyertai pelbagai karnival di dalam dan luar negara.
"Sudah sampai masanya, karnival itu diadakan di Kota Bharu bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat kereta klasik yang dikeluarkan seawal 1900," katanya.
Katanya, mereka yang berminat menyertai karnival itu boleh mendaftar melalui laman sesawang kelab iaitu clubcarvolkswagen@yahoo.com atau hubungi talian 010-9299422 untuk maklumat lanjut.
Jumaat, Mac 04, 2011
Keputusan Piala FA 2011( Pusingan Ke 2 ) : Johor FC 0 Kelantan 1
Piala FA 2011 ( Pusingan Ke 2 ): Johor FC Lawan Kelantan
Kelantan bertandang ke Johor FC bagi menghadapi saingan pusingan ke 2 Piala FA 2011. Kelantan bakal menurunkan penjaga gol kedua iaitu Shahrizan Ismail dalam perlawanan ini ekoran Khairul Fahmi Che Mat dipanggil menjalani latihan bersama skuad Malaysia untuk menghadapi Pakistan dalam pusingan kelayakan Pra Olimpik. Semoga Pasukan Kelantan bakal beroleh kejayaan.
Rabu, Mac 02, 2011
Keputusan MSL 2011 : Kelantan 3 N.Sembilan 0
Kelantan berjaya menundukkan pasukan yang digelar "Real Madrid Malaysia" N.Sembilan 3-0 menerusi 1 gol sumbangan S.Chanthuru dan 2 gol Nor Shahrul Idlan Talaha. Tahniah Red Warrior. Kemenangan ini mengukuhkan lagi kedudukan Kelantan di tangga teratas liga sambil masih lagi diekori rapat pasukan Perak.