Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Chek Hashim Sulaima (gambar), 46, yang menghidap barah paru-paru meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Pegawai khasnya, Tuan Hassan Tuan Sulaiman berkata, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital tersebut lima hari lalu selepas menerima rawatan tradisional sejak 14 September lalu di sekitar Kuala Lumpur.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Selasa, September 28, 2010
Khamis, September 23, 2010
Tuanku Muhammad Faris kini bergelar Sultan Muhammad kelima
Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran baginda sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.
Selasa, September 21, 2010
Keputusan TM Piala Malaysia 2010 : Kelantan Lawan KL Plus 3 - 3
Ahad, September 19, 2010
TM Piala Malaysia 2010 : Kelantan Lawan KL Plus
Kemenangan 1-0 di kelana Jaya malam Jumaat yang lalu pasti menyemarakkan semangat pemain dan penyokong Kelantan pada perlawanan malam ini dimana Kelantan sekali lagi akan berdepan pasukan berstatus kelab iaitu KL Plus. Rekod pertemuan pada tahun ini nyata menyebelahi pasukan Kelantan, namun begitu himpunan pemain berpengalaman yang membarisi skuad KL Plus tidak boleh dipandang sepi oleh pemain Kelantan kerana apa sahaja keputusan selain kemenangan bakal merencatkan perjalanan Kelantan dalam kempen Piala Malaysia 2010.
Banner daripada blog :http://www.userunyusof.blogspot.com/
Keputusan TM Piala Malaysia 2010 : PKNS Fc 0 - 1 Kelantan
Andai ada pemain yang boleh dijulang pada perlawanan malam semalam, sudah pasti dua nama bekas pemain skuad kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Syed Adney Syed Hussien harus dijulang sebagai wira sebenar pasukan Kelantan pada perlawanan menentang Selangor PKNS FC di Kelana Jaya, malam semalam.
Jaringan tunggal bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-73 sudah cukup memastikan pasukan The Red Warriors membawa pulang tiga mata berharga ke Kota Bharu.
Sementara itu, Syed Adney Syed Hussien, penjaga gol yang dibelenggu krisis keyakinan kerana melepaskan gol mudah ketika pertemuan Liga Super menentang Kedah lapan bulan lalu juga harus diangkat sebagai wira sebenar dalam perlawanan malam semalam.
Kecemerlangan beliau menyelamatkan sepakan penalti oleh pemain tuan rumah, Mohd Fadhil Mohd Hashim pada minit-minit akhir perlawanan menyelamat maruah pasukan Kelantan daripada dipaksa seri oleh Selangor PKNS FC dalam perlawanan itu.
Petikan dari :http://kelate.net/akmal-rizal-syed-adney-dijulang/
Banner dari : http://www.userunyusof.blogspot.com/
Khamis, September 16, 2010
TM Piala Malaysia 2010 : PKNS Lawan Kelantan
Malam ini di Stadium MBPJ bakal berlangsung perlawanan ke 2 antara PKNs melawan Kelantan. Kepada Peminat setia Red Warrior jangan lupa berkunjung ke Stadium MBPJ untuk memberikan sorakan padu kepada pemain-pemain Kelantan. Harapan supaya Kelantan mampu menundukkan PKNS untuk meneruskan saingan dalam TM Piala Malaysia 2010.
Keputusan TM Piala Malaysia 2010 : Kelantan 0 - 1 N.Sembilan
Isnin, September 13, 2010
Restoran Chim Chum Food Village
Jika mahu menikmati hidangan ala-ala steamboat yang diusahakan oleh pemilik MELAYU bolehlah berkunjung ke :
FOOD VILLAGE RESTAURANT LOT 1184 KG, BAUNG, JLN PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU KELANTAN.
Pernah dengar makanan "Chim Chum"? Kalau anda pernah makan steamboat, mungkin anda akan anggap ini adalah makanan yang sama. Tapi menurut pemilik restoran ini ia sama dengan steamboat tapi tak serupa. Menurut beliau juga, Chim Chum ni sukar untuk dijumpai di Malaysia kerana ia merupakan menu dari Thailand. Namun, konsepnya sama dengan steamboat.Anda hanya perlu masak sendiri diatas dapur yang disediakan.
Anda boleh bakar dan rebus daging, ayam, sotong, isi ketam, fishball, kulat, sayur-sayuran dan lain-lain yang telah dipotong halus. Kemudian cecah dengan sos manis atau pedas.
Hidangan yang disediakan adalah secara bufet. Makanlah selagi anda termampu dengan hanya mengenakan harga yang amat berpatutan.
Tengku Faris dimasyhur sultan Kelantan
Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini (13 September 2010).
Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu pada jam 12.30 tengah hari ini.
Majlis Perajaan negeri yang bersidang pada jam 9 pagi di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Tengku Faris menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan Tuanku Ismail Petra berkuatkuasa pada hari ini.
Petikan Dari :http://www.malaysiakini.com/news/142504
Ahad, September 12, 2010
TM Piala Malaysia 2010 : Kelantan Lawan N. Sembilan
Tirai Piala Malaysia 2010 bermula malam ini dimana ibarat pertemuan final tahun lepas menemukan Kelantan dan N.Sembilan. Pertembungan antara finalis musim lalu pasti menyaksikan aksi yang mendebarkan. Kepada warga Kelantan, ayuh kita penuhkan satdium Sultan Muhammad Ke IV untuk memberi sorakan padu kepada barisan Red Warrior dalam pertemuan ini. Kepada perantau warga Kelantan yang masih bercuti di kampung, marilah sama-sama kita memeriahkan lagi perayaan dengan menyaksikan pasukan kesayangan rakyat Kelantan ini beraksi.