Terharu rasanya melihat MB Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengenepikan perbezaan politik demi bersama memberi sokongan kepada pasukan Kelantan dalam kempen Piala Malaysia. MB Kelantan dan Semua ADUN Kelantan menerima jemputan khas daripada Tan Sri Annuar Musa untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama bolasepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Perlis Di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Sehubungan dengan kehadiran Beliau , MB Kelantan menghulurkan RM 5 Ribu kepada Tan Sri Annuar Musa sebagai insentif kepada pemain dan pegawai pasukan dan mengumumkan Kerajaan negeri akan memberi imbuhan lagi sekiranya pasukan Kelantan berjaya mara ke perlawanan akhir dan seterusnya menjulang Piala Malaysia buat pertama kali.
comeynyo bolasepak...
BalasPadam2 perbezaan, bulih jadi satu pertemuan...
Politik diketepi kerana bolasepak. Politik xleh campur dgn sukan.
BalasPadam