Jumaat, Oktober 02, 2009
Homestay Kg. Kubang Telaga
Homestay Kampung Kubang Telaga mula diwujudkan pada akhir tahun 2006 apabila seramai 40 orang penduduk kampung ini selesai menjalani kursus Asas homestay yang dianjurkan Institut Kemajuan Desa ( INFRA ) .
Homestay ini diberi nama Homestay Kampung Kubang Telaga adalah sempena sejarah kampung ini,iaitu terdapat sebuah kubang / kolam yang luas dan di dalamnya telah digali sebuah telaga / perigi oleh penduduk kampung bagi mendapatkan air kegunaan harian terutama pada musim kemarau panjang. Penduduk kampung ini didiami oleh 235 keluarga dan kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.Hampir 95 peratus berkerja sebagai petani. Pada masa ini terdapat 30 orang penduduk telah menyertai program ini sebagai tuan rumah. Di homestay Kg.Kubang Telaga sedia menerima seramai antara 70 hingga 80 orang pelancong secara serentak.
Antara pakej/aktiviti yang terdapat di homestay ini ialah riadah sungai, menghayati kehidupan di kampung tradisional, menghayati kehidupan petani dan menghayati keindahan permandangan semulajadi kampung Kubang Telaga
KE LOKASI HOMESTAY
Homestay Kampung Kubang Telaga Terletak kira-kira 40 km dari Bandar Kota Bharu,
21 km dari Bandar Bachok,dan 12 km dari Bandar Pasir Puteh. Kampung ini meliputi kawasan seluas 4 km persegi yang dikelilingi oleh bendang / sawah padi.
Pengunjung boleh sampai ke homestay Kampung Kubang Telaga dengan menaiki kereta sewa ( teksi ) dari Bandar Kota Bharu atau dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa melalui Pekan Kubang Kerian, Pekan Peringat, Pekan Gunung, dan Litaar Go- Kart . Jalan ini merupakan jalan pintas ke Bandar Pasir Puteh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kampung kawe nih....
BalasPadamsbelah kg kawe gak ni
BalasPadamkawe buat sekoloh di kubang telaga dulu2. payment pun tk leh habis lg
BalasPadamkg kawe ni,tempat kawe mmbsar'lo ni dok mrantau,bilo nk kelik nihhh.......
BalasPadamdulu ptg2 kewe mandi sungai dan naik mesin padi.loni aku rindu saat tu.rindi tempat aku lepak di atas retok biru pohon sagu.rindu kg weh.hujan emas negeri orang tak sama kg kawe
BalasPadamhidup matiku kubang telaga..
BalasPadam'kubang telaga'itulah nama kampungku.kira2 10 tahun lepas aku byk menyimpan kisah duka hidupku disini.perjalanan hidupku amat perit utk aku tempuh.aku dari keluaga susah.hanya teman2 yg mengubat kedukaanku yg memaksa aku tersenyum melupakan sejenak kedaifanku.hati aku amat sayu bila aku pulang ke kampung dan melihat rumah aku dimana ia adalah syurga bagiku ketika dulu.walupun ia tdk dilengkapi aircond dan perabot mewah tp itulah aparment mewah bgku ketika itu.aku menangis mengenangkam arwah ibuku yg byk membantu aku sehingga aku menjadi seorang pegawai skrg.kini aku semakin jrg pulang ke kampung.aku merasa aku amat asing di kampung bila musim perayaan semasa aku mengunjungi sanak saudara.bkn aku tk rindu tp azam aku suatu hari aku akn kembali memberi bakti pd masyarakat kampungku.aku tak blh menahan sedih ku ketika ini.pada kwn2 usahlah berkecil hati di atas pemergianku.kenangan bersamamu aku bawa walau kemana aku pergi.ku simpan kenangan masa kita bersama membesar dulu.pada yg tiada aku berdoa moga rohnya di tempatkan dikalangan yg beriman.walupun dibandar besar aku rindu kan masakan emak.ikan darat yg menjadi simbol kampungku,rindu ptg2 yg indah,tetapi disini jg lah hatiku pernah dikecewakan oleh seorang gadis..ermmmm mungkin aku hanya hanyut oleh kenangan....aku doakan kau bahagia.pabila menziarahi pusara ibuku.aku terkenang wajahnya yg menjadi sumber utk aku berjaya.aku sedekahkan al fatihah utk ibuku..
BalasPadamhe he he demo ko tu...ingt lg ko kawe.dulu kito geng mesin padi dan kereta galo.geng lompat basikal.kalu hari selasa kito gi kedai selasa.ptg2 main bola pdg sekolah.mlm2 gayut di public balai polis atau cbg tiga che roni..dimakah semua geng2 kito loni.
BalasPadambakpo lamo dop update neh...nk tahu perkembenge kampo ambo nih...rindu nk g turut blake keto galo, g mukat dale sungai,
BalasPadamaku nak balik.....
BalasPadamrindu nak main2 dengan adik,cousin,main2 dengan kucing g jale2 pade tgk sawah padi belake rumah mok.pade pok me.cucu dia ni hok duk kedah
BalasPadamkapong ni kalu seremo ore pakt pakat belako tak apo, ni kalu buat gapo2 pakat deki, bo la ado perangai mace tu weh..
BalasPadamni ado budak nak gi buat kajian kg kapong kita, buleh ko?...
BalasPadamni kg kawe weh....
BalasPadamumoh kawe sblh balai polis,loni xdok doh..
teka sapo kawe...
hahahaha
Kg kawe ni
BalasPadam